Posts

Showing posts from 2010

Yeah!! Malaysia is the best.....

Congratulations to the football team Malaysia for creating a new history. I am also proud of the success. What is most important, the people of malaysia should always be patriotic to our country. He,..he 5 star to Khairul Fahmi, Safie Sali & Khairul Idlan Talha..... yeahhh.. Malaysia is the best...

Afal dan Akwal....

Pantas waktu berlari, tidak sampai 2 minggu lagi sisa-sisa 2010 akan berlalu meninggalkan kita. Maka bertambahlah setahun usia. Orang kata, umur sekadar angka.. soalnya sejauh mana kita berjaya merasai nikmat hidup dan meraih bahagia dalam likungan hidup sebelum ini. Ada yang lebih penting, soalnya lagi.. sejauh mana sisa hidup ini kita dambakan pada Pencipta? Setiap orang ada bahagian masing-masing, ada hidupnya mewah, kaya, dilahirkan dalam sudu emas, ada yang harus berusaha kuat, bersungguh-sungguh mencari rezeki, keluar seawal pagi.. itulah bahagian dan nasib masing-masing. Ada yang berharta tetapi jiwanya resah, ada yang miskin tapi hatinya lapang. Perencanaan Tuhan adalah sebaiknya untuk kita, tak semua benda yang kita inginkan kita akan dapat, ada hikmah yang sengaja disembunyikan untuk kita bermuhasabah. Dalam apa jua keadaan pun, kita harus tabah dan terus bersyukur, jangan biarkan rasa cinta pada Allah menjadi goyah. Setiap hari kita disoroti oleh pelbagai berita yang adakala

Cuti-Cuti di PD

Lewat November lalu.. saya bersama kawan2 cuti2 di PD.. 3 Hari 2 Malam kami lepak di Chorus Paradise Hotel. Uhhh, time cuti skula agak ramai yang bertandang. Terima dengan hati yang lapang.. Menikmati makanan laut sebagai menu makan malam agak mengujakan. Suam-suam sedap, bolehlaaa dari kelaparan... my fren ZK dan Azah nampak berselera. Kami juga teruskan agenda dengan program jalan-jalan waktu malam disekitar PD.. Meneruskan hari kedua dengan aktivti yang agak mencabar, banana boat .. huhu... besh dan gila2.. ZK hampir lemas!!! saya sendiri kepenatan akibat dicampak ditengah laut. Nasib baik ada jaket keselamatan. Menikmati makanan tengah hari yang tidak sedap kami teruskan dengan bermain bowling di bandar PD.. bolehlaaa.... sekdar menang tempat ke 3... janji gangsa.. huaha.. buat Azah, berusaha dengan lebih gigih lagi yaa!!! Sisa-sisa malam dihabiskan dengan akitiviti karoeke .. agak enjoy !!! uhaaa semua menunjukkan bakat. Saya rasa mual dan jijik apabila melihat ramai anak muda M

Huh.. Aidiladha........

Salam Aidiladha buat semua. Buat pertama kali saya ambil bahagian untuk akikah di kampung. Berwakilkan bonda untuk untuk uruskan akikah di desa tercinta. Saya menunaikan solat raya di Jalan Klang Lama, memandangkan flite ke KB jam 4 petang. Tiada apa yang menarik di sini, suasananya adalah biasa-biasa saja. Kerana leka dan pengurusan masa yang kurang tepat, saya hampir ditinggalkan oleh oleh AirAsia. Aduyaaiiiii terasa kecut perut yang amat. Alhmadulillah nasib saya baik. Cukuplah pengalaman ini terjadi sekali... no more!!!! Yehhh, sudah sampai umah wooooo..... hepi n enjoy bersama bonda dan anak2 buah yang agak ramai. Percutian yang singkat dimanfaatkan sebaik mungkin. Kembang badan apabila menu utama berasakan daging. Daging goreng, gulai daging, sup daging, kuzie daging dan macam2 lol. Hepi bangattttttttt..

FFM 23

Terima kasih kerana mengundang saya ke Malam Anugerah FFM23. Bertemakan Filem Malaysia Ke Persada Dunia, ia membangkitkan semangat transformasi dalam industri perfilemen. Bertempat di Shah Alam Convection Centre (SACC) Shah Alam, Selangor, FFM 23 tampak meriah dan tersusun. Majlis yang dihadiri oleh tetamu kehormat Y.B Datuk Seri Utama Rais Yatim dan Isteri turut megikut lunas protokol tetapi lebih santai. Ia turut disiarkan secara langsung oleh TV1 dan Astro. Saya tersenyum sendirian kerana jika 7 tahun yang lepas, lewat di FSP, saya dan kawan-kawan tidak pernah ketinggalan untuk "menempatkan" diri ke malam-malam sebegini, teringat di FFM sebelum ini, AJL, Anugerah Skrin, Bintang Popular dan macam-macam lagi. Mungkin zaman remaja yang kurang matang, kami terlalu "excited" dengan seleberiti.. haha... tapi semua pengalaman itu sangat manis dan bez.... Di FFM 23, saya turut berbangga kerana ramai kawan-kawan lewat pengajian di FSP dan MASSCOM UiTM turut berada di sana

Biarkan berlalu...

Saya tidak sihat semenjak kebelakangan ini. Ada saja yang tidak kena. Terasa sesuatu yang pelik membelenggu diri. Satu badan mengalami kesakitan dan kejang. Emosi juga tidak stabil. Menjadi pemarah, tiba-tiba murung dan kadang-kadang ingin menangis. Saya cuba bertindak rasional dan mengawal diri dengan kudrat yang kental. Alhamdulillah, lewat malam Sabtu yang lepas... semuanya kembali tenang dan moga-moga perkara yang tidak baik itu berlalu.... biar berlalu jauh. Tiada siapa pun yang menyeru..... Semoga Allah melindungi saya, bonda, keluarga dan teman-teman semua. Semoga dijauhi hasad dengki manusia, perbuatan khianat ataupun syak wasangka. Nauzubillah la minzalik..

Adiwarna...

Lama benar tak menulis diruang siber ni dek terlalu sibuk dengan kerja. Lewat September lepas adalah saat yang sangat kalut dan penuh dengan perkara yang diluar jangka! Saya berhempas pulas untuk memastikan Muzikal Adiwarna ditampilkan dengan penuh terbaik. Saya bersyukur kerana dikelilingi rakan-rakan sekerja dan barisan tenaga kreatif yang baik dan profesional. Saya sedaya upaya melunaskan tanggungjawab saya bagi meraikan Sambutan 10 tahun Bandaraya Shah Alam. Pengalaman bersama-sama dengan pihak produksi "Muzikal Adiwarana" adalah sesuatu yang sangat bez, suka, macam cuka pun ada, tapi sangat enjoy!! saya turut belajar ayat-ayat baru seperti kekwat, sentap dan macam-macam ayat yang melucukan. Ini semua 'kerja-kerja" artis budaya. Ha..ha..ha Sebagai Pengarah Muzikal Adiwarna, saya cuba menzahirkan sedaya mungkin "buah tangan" pertama saya. Saya mengolah dengan cara saya, dibantu oleh barisan tenaga kreatif yang saya rasakan mereka semua adalah hebat dan p

Daulat Tuanku

Image
The declaration of proclamation of His Royal Highness Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra son executed by the Menteri Besar Kelantan, Datuk Bentara Setia Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat at the Istana Balai Besar Kota Bharu on 13 September 2010. Tengku Faris was the Sultan of Kelantan is the 29th in history Sultanate of Kelantan. Tengku Faris was born on October 6, 1969 in Kota Bharu Kelantan. He was the Tengku Mahkota Kelatan date October 6, 1985 in his 16 years of age. Tengku Faris is regarded as a prince who liked people and religious. Since childhood he was given religious instruction by distinguished personalities. He received education at the School of Sultan Ismail, Kota Bharu (1976-1981). After getting excellent results in the UPSR, 5As, he went on to study at the Alice Smith School Road School Association Balemy Kuala Lumpur (1981-1983). His selection as to replace his father, Sultan of Kelantan, Tengku Ismail Petra Sultan Yahaya Petra son Amarhum viewed correctly. How

Belasungkawa Sosilawati Lawiya, Ahmad Kamil, Kamaruddin dan Noorhisham

Image
Daripada Allah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali. Seluruh jiwa-jiwa kecil rakyat Malaysia direntap dengan rasa pilu dek pembunuhan kejam dan sadis oleh "para binatang" terhadap empat umat Islam. Pembunuhan yang paling keji sifatnya itu tidak akan dimaafkan oleh seluruh rakyat Malaysia. Pembalasan karma sedia menunggu "para binatang" tersebut. Semoga tertegak keadilan. Semoga roh-roh mangsa kekejaman pembunuhan itu diampuni dosa dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.....

Sisipan Adilfitri

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitti. Ia tetap disambut dengan rasa sederhana. Bersyukur pada Allah kerana masih diberi peluang untuk berkumpul bersama ahli keluarga yang tercinta... semoga dapat bersua lagi di Aidilfitri yang mendatang....

Katarsis...

" Ahlan Ya Ramadhan, Kau datang jua menemuiku yang kerdil ini. Semoga bertemu lagi hingga ke akhir hayatku nanti"... "Salam Ramadhan Al-Mubarak" 10 Ogos *Saya amat cemas apabila rakan sekerja Hj Arifin tidak sedarkan diri semasa perhimpunan pagi. Saya dan rakan-rakan lain bergegas ke DEMC. Rasa bersyukur semasa menjadi orang pertama dapat melawat dan bercakap dengan Haji Arifin dengan keadaan beliau semakin stabil. Semoga beliau terus diberi kesihatan yang baik. Amin. *Selamat Hari Jadi buat little bro Ahmad Afiq. Semoga kamu merintis jalan hidup yang baik dan terus mendapat kasih sayang Allah (S.W.T). "LEO RULES" *Saya menerima panggilan dari teman di Labuan, saudari Masdayana, teman lama yang sekarang ini tengah menuju kejayaan dalam hidup. Teruja apabila mendengar bingkisan kejayaan teman. Saya pun mempunyai impian yang sama!!! *Hati sangat gembira apabila 11 Ogos bersamaan Rabu disahkan hari berpuasa untuk umat Islam. Rasa girang lahir dari hati yang

"Leo Rules"

Cepat sungguh masa berlari, saya bertemankan Ogos untuk terus menghirup udara keamanan. Berbekalkan keyakinan diri dan tujuan hidup yang sebenar saya harus bersemangat hingga akhir hayat. Semalam, 9 Ogos bertambahlah lagi usia saya, dengan penuh syukur saya memanjatkan rasa kerdilnya sebagai hamba kepada MAHA PENCIPTA di atas peluang dan kesempatan untuk terus merasai nikmat dan peritnya dunia. DIA MAHA SEGALANYA!!! Saya lemparkan senyuman saya untuk dunia, saya yakin jiwa akan terus muda. Saya juga ingin dedikasikan rasa terima kasih buat bonda tercinta. Bonda tiada galang ganti walau dengan nyawa sendiri. Saya suka ringkaskan hidup ini, tidak mahu ia menjadi rumit dan melankolik. Apabila hidup penuh dengan krisis pasti ia akan menjeratkan diri dengan konflik. Sebagai manusia, kita harus akur dengan catitan dan kamus hidup yang sememangnya telah tertulis sejak azali. Tidak salah menjadi yang terbaik dan menjadi manusia yang luar biasa. Setiap orang punyai impian, tak khilaf untuk berm

Dari Jendela Surabaya....

Saya memanjatkan syukur pada yang Esa kerana program Lintas Budaya di Surabaya telah lunas dengan penuh bermakna. Delagasi Shah Alam seramai 22 orang telah selamat pulang ke Shah Alam pada 25 Julai 2010. Lewat berada di sana kumpulan kami telah membuat dua kali persembahan iaitu di BG Junction Mall bermula jam 4.00 petang waktu Surabaya 23 Julai 2010 dan persembahan kedua bermula jam 8.00 malam waktu Surabaya 24 Julai 2010 di Taman Surya, Balai Kota Surabaya. Sepanjang di sana, saya sangat teruja kerana dapat mengenali Kota Surabaya secara dekat. Kota yang sangat bingit dan penduduknya yang padat membuat saya sedikit kekok namun saya adalah jenis orang yang cepat menyesuaikan diri. Kami menginap di Hotel Singgasana yang terletak di luar Kota Surabaya. Pilihan yang sangat baik, nyaman dan sangat selesa. Saya amat cerewet mengenai makanan, teman-teman saya maklum mengenai perihal itu. Di Surabaya saya nampaknya “melantak” apa yang ada tanpa banyak soal. Uhh sedap banget foods dia.. pa

Shopping is really gud therapy...

Pagi-pagi lagi saya ke Taman Tasik Shah Alam bagi menjayakan program gerakan membaca perdana yang turut disertai lebih 14000 rakyat negeri Selangor, sungguh ramai. Kesesakkan pun agak luar biasa. Walaupun matahari mula menerik, orang ramai tetap setia di Taman Tasik Shah Alam. Saya juga sempat menghabiskan 3 majalah ilmu tika itu. Saya beransur meninggalkan majlis kerana agenda Sabtu akan diteruskan dengan shopping. Agak sukar mendapat parking di Sunway, nasib baik di level 7 tanpa bumbung masih ada ruang. Uhh.. singgah di restoren ayam penyek bagi menu tengahari, saya teruskan "jalan-jalan" cari barang.. bez sangat apabila sales masih belum tamat. Sangat benar shopping is really gud therapy .... rasa sangat puas, barang yang dibeli berkualiti, dan sekali-sekala tidak salah untuk berhabis untuk diri sendiri. Dengan berberlanja hampir 1.4k saya bersyukur mendapat barang-barang yang saya inginkan... beshhh!!!

Indahnya Jumaat 25 Jun...

Saya amat menyukai Jumaat! kalau di tempat kelahiran sendiri Jumaat adalah hari cuti. Jumaat adalah waktu yang singkat. Lewat 25 jun, pagi Jumaat saya dan Puspa ke Masjid Biru Shah Alam bagi menjayakan program Selangor Fam Trip 2010. Kami tidak dapat menyertai keseluruhan program yang berlangsung pada 25-29 Jun dek banyak kerja dan mesyuarat yang perlu dilunaskan. Untuk itu, saya dan Puspa hanya menjadi LO prgram yang berlangsung di Bandaraya Shah Alam sahaja. Perjalanan pagi diteruskan ke Denai Alam iaitu kawasan produk pelancongan baru. Ternyata ada ketenangan di situ. Angin sepoi bahasa dan persekitaran sedap mata memandang. Saya sempat bersarapan dengan Pengrus DARC, Mr Teo dan PR person Zharif (insan istimewa yang kaliber). Habis kemeja saya kotor kerana didera oleh "Red Indian" yang ada disitu. Terpercik peluh kerana "Red Indian" memang berniat mendera saya di depan umum... dan buat pertama kali juga dalam hidup, saya menunggang kuda. Sungguh teruja!! Perjal

Catatan istimewa buat Ikin

Saya dedikasikan catatan ini untuk sahabat saya Ikin... mengenali Ikin di UiTM lewat pengajian di Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, kami merupakan graduan Perhubungan Awam. Ikin seorang sahabat bercita-cita tinggi dan selalu berkeyakinan. Sifat perempuan yang saya suka, mandiri dan profesional.. ada pada Ikin. Saya turut mengenali papa dan mama Ikin, ternyata mereka sangat baik. Ikin anak En Ahmad Nor! haha.. Pantas masa berlalu, menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda lewat 2006। Haluan dan jalan hidup mesti diteruskan. Saya amat kagum dengan sikap Ikin, saat hatinya pernah remuk redam dia masih boleh tersenyum melawan rawan! Saya tahu bertapa kental hati wanita sepertinya menanggung derita jiwa! chaiiyokk my bff!!! masih teringat saat kitaorang planning sama-sama nak further master di Australia or New Zealand... itu sorotan cerita dua tahun lepas. Sabtu - 12 Jun Selamat Hari Jadi Ikin dan Selamat Pengantin Baru Saat ini saya merasakan Ikin pasti rasa teramat bahagia.. &q

From : Author Unknown :

Take time to think. It is the source of power... Take time to read. It is the foundation of wisdom.. Take time to quiet. It is the opportunity to seek God... Take time to dream. It is the future made of... Take time to pray. It is the greatest power on earth...                                          (author unknown)

Belasungkawa Aminulrasyid…….

Image
Buat Bonda Norsiah (Sempena Hari Ibu) ... saya persembahkan karya ini sempena hari ibu yang lalu dan bingkisan dilontarkan di "Daerah Akar" hujung bulan lalu... Hujan petang di Shah Alam turut merasai kesedihan Air langit pun meratap sebuah kehilangan Berat kami memandang berat lagi derita jiwa Bonda Norsiah menanggungnya… Tiada sesiapapun yang boleh mentafsir akan peritnya sebuah perasaan Bersulam payah 9 bulan bonda menunggu dengan penuh sirna Putera Bonda Aminulrashid….. Daerah ini tahu…. Putera Bonda putera yang baik Anak yang taat, pelajar harapan Ramai yang tahu bonda…. Ramadhannya di Masjid Santun bongsunya penawar resah Bonda Dia adalah pewaris Negara Apakan daya……sempat menjengah sekadar 15 tahun usia Lazim hidup… Langit tidak ceria kalau tiada santun dan nakal Tapi nakal bersulam hemah Tertib tidak pernah disanggah Adat tetap dikejap kemas Bonda Norsiah… Andai kami mampu….. Kami akan tukarkan kebencian dengan sebuah kasih sayang Kami

Sumpah Seranah @#%**%$###

Tidak perlu menjadi terlalu sempurna dalam berteman. Kita juga bukan maksum. Kita adalah manusia biasa yang tidak lari dari khilaf dan membuat dosa. Apabila kita berkawan, berteman, bersahabat atau berakrab maka ia turut melibatkan hati dan perasaan. Kerana kita ini manusia, kadang-kadang jiwa tidak sekental mana untuk menerima sumpah seranah atau maki hamun. Kalaulah bangsat, ba@#, setan, haprak, bahlul, bodoh, pan%$# dan pelbagai lagi kata-kata nista itu begitu bacul dan senang terbit dari mulut si pelaku, sejauh mana tali hati mampu bertahan? Hamba bermohon Ya Allah, agar tidak menjebakkan lidah Hamba dengan pengaruh fatal. Satu hari si pelaku juga pasti akan kena sumpah seranah dengan orang lain. Tuhan itu adil. Lebih baik berdiam, tanpa banyak soal waima mahu banyak bicara.. kerna pasti ada sahaja yang tidak kena. Lebih baik mengelak dari mengundang perselisihan faham yang akhirnya menyumpah seranah. Menjadi pendengar baik kepada orang-orang yang memerlukan adalah satu sifat

Opps LOCO - 3h2malam...

Saya sangat teruja apabila menerima jemputan dari Tourism Malaysia Selangor/Putrajaya ke program Opss Loco di KKB. Saya sendiri awalnya tidak pasti apa disebalik singkatan Opps Loco sehinggalah saya bertanya kepada seorang teman baru. Terima kasih kepada Cik Hana, pembantu saya kerana menguruskan cuti tanpa rekod bagi menghadiri program yang bermanfaat ini. Saya sepatutnya bersama dari teman SUK ke program ini namun disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan, saya bergerak solo bagi Opss Loco. Jumaat 14 Mei yang sangat mendamaikan. Perjalanan diteruskan dari Shah Alam ke KKB. Saya terlelap sehinggalah bas sudah sampai ke destinasi pertama program iaitu di Dewan orang ramai Parlimen Hulu Selangor bagi Majlis Perasmian oleh Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia. Hidangan tengahari yang sangat menyelerakan, nasi kukus ayam dara, cendol, caramel dan rojak. Uhh, mengenyangkan. Selepas Jumaat kami semua bertolak ke Kem Sinar Dawi. Bermulalah satu pengembaraan yang sangat “menyeronakkan”.

Malam Puisi Riong-Shah Alam lunas akhirnya....

Hujan lewat petang 30 April pada mulanya amat menggusarkan jiwa. Angin petang yang bertiup kencang membuatkan saya sedikit tidak senang duduk. Alhamdulillah tika senja mula melabuh, hujan seakan-akan faham bahawa “Wasilah Cinta Pencipta & Manusia” bakal bermula. Jika dua minggu sudah saya amat sibuk untuk meguruskan hal-hal “hitam putih” dan pengesahan persembahan bagi Malam Puisi Riong-Shah Alam. Akhirnya tarikh 30 April muncul jua. Sedaya upaya saya menggalas tangunggjawab sebagai Pengarah Projek bagi program tersebut dengan sokongan semua pihak. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk turut beraksi pada malam tersebut bersama Kumpulan Kesenian MBSA dengan membawakan persembahan yang bertajuk “Kerdil Jiwa Hamba”. Kehadiran peminat puisi pada malam itu adalah amat membanggakan kerana lebih dari 1000 orang yang membanjiri Laman Budaya. Para pengunjung terlebih dahulu dihidangkan dengan persembahan video pendek “Sujud” dan dokumentari. Membuka tirai puisi pada malam tersebut ialah

Malam Puisi Riong-Shah Alam,Selangor

Image

Jalan2 di Melaka...

Jumaat yang indah.. Jumaat dilalui dengan menikmati pemandangan di kota bersejarah, Melaka bersama dengan para media. Menikmati ikan bakar, ikan 3 rasa, sotong goreng tepung, udang, ketam, lala dan macam-macam lagi lauk pauk amat menyelerakan. Kerana Umbai, saya ketepikan untuk seketika nasihat Doktor Pakar. Tidak keterlaluan kalau saya katakan Umbai, adalah dertinasi yang harus dikunjungi jika singgah di Melaka. Saya dan kawan-kawan meneruskan perjalanan ke Bandar Hilir bila malam mula menyinggah. Buat pertama kali saya menikmati suasana malam yang sungguh mengujakan di atas  boat sambil mengelilingi bandar pelancongan Melaka. Terasa menyelusuri kota Venice walaupun diri tidak pernah pun menyinggah ke sana. Sambil menikmati muzik malam, saya sempat menikmati aiskrim Nestle sebagai desert malam sebelum pulang ke Shah Alam. Walaupun badan terasa penat, tetapi ia sungguh menyeronokkan.. minda juga terasa lapang seketika.

Gamat yang "menggamatkan"

Image
Khamis lalu, saya sempat menonton teater muzikal gamat. Saya teruja apabila tiket untuk menonton di sponsor. Lebih terharu saya menerima 4 tiket untuk menonton teater muzikal ini. Pada mulanya saya turut mengundang beberapa teman, namun akibat hal-hal tertentu ada yang membatalkan di saat-saat akhir. Saya bersama kawan baik Zk tetap teruja untuk ke MaTiC. Walaupun jalan agak jam, Zk agak arif selok belok KL. Terima kasih juga kepada Pak Guard yang membenarkan kami parking di Zon Larangan, sebab parking telah full. Saya terserempak dengan personaliti Wardina yang turut beratur membeli tiket bagi keluarga beliau. Memandangkan saya masih mempunyai 2 lagi tiket extra , saya tidak teragak-agak memberinya kepada Wardina. Berkali-kali beliau mengucapkan terima kasih dan ingin membayarnya. Saya katakan ini untuk anak-anak Wardina. Terukir rasa terharu di wajah mulus wanita santun Malaysia. Mengenai teater Gamat, saya tidak ingin mengulas mengenai naskah ini dan estitikanya dari sudut pan

Trauma!

Hampir sebulan saya tidak menulis, hampir dua bulan juga saya terpaksa berulang alik ke Hospital kerana kurang sihat. Saya tabah untuk menghadapi itu semua. Walaupun " treatment" pada minggu lepas amat menyakitkan, saya akur agar saya pulih sepenuhnya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. Kesihatan tidak boleh diperdagangkan! saya akan menjadi lebih berhati-hati dan menjaga pemakanan di samping menjadi pendengar yang baik bagi arahan doktor. Apa-apa pun saya masih trauma dengan rawatan yang lalu. Walaupun kesihatan yang tidak mengizinkan, saya tetap bersemangat dengan rutin "events" di LBSA. Sabtu lepas juga saya sempat mengurangkan ketengangan minda dengan menonton "Alice in the Wonderland" bersama salah seorang kawan baik saya. Agak terhibur dan saya memang menyukai cerita fantasi. Semoga saya terus merintis jalan hidup ini dengan baik. Semoga kesihatan saya baik-baik sahaja dan saya tahu Allah itu Maha mendengar. Semoga Allah melimpahkan r

Percy Jackson and the Olympians - The Lightning Thief

Image
Last night, I spent my time with my friend to watch Percy Jackson in Bukit Raja. The Movie starts at 11.55pm. Huhu, I'm still smiling. The movie certainly brought back pure fun and magic into the cinema going experience. Part of the fun is to see how other notable names in the casting list get to play up their gods and demon status. Uma Thurman stars as Medusa, spruced up by special effects snakes adorned on her head, which at certain points looked quite CG-ed for its own good. Hahahaha… gud job Medusa! Anyway, for people out there I’m suggesting all of you to see it on the big screen, the bigger the better. The movie was absolutely fun to watch! I give Percy Jackson and the Olympians - The Lightning Thief  9 out of 10! Synopsis...... It's the 21st century, but the gods of Mount Olympus and assorted monsters have walked out of the pages of high school student Percy Jackson's Greek mythology texts and into his life. And they're not happy: Zeus' lightning bolt has

Persahabatan adalah cinta yang tidak bersayap....

Persahabatan itu adalah "cinta yang tidak bersayap". Sahabat atau teman adalah definisi diberikan untuk orang yang boleh berkongsi jiwa dan rasa. Sebuah persahabatan yang ikhlas lahir dari dan ia tidak akan pergi. Mencari rakan, kawan mahupun kenalan adalah amat senang. Tetapi percayalah mencari sebuah persahabatan itu adalah sukar dan sulit ditemui. Rasulullah (S.A.W) pernah bersabda yang bererti : "Seseorang itu akan mengikuti agama sahabatnya, oleh kerana itu, setiap orang dari kamu sekalian hendaknya memperhatikan siapa yang ia jadikan sebagai teman (Hadith riwayat At Tirmidzi, Abu Daud dan Ahmad) Saya bersyukur kepada Alah (S.W.T) kerana diberi peluang dan dianugerahkan sahabat yang terindah dalam hidup. Saya berjanji pada hati untuk menjaga persahabatan ini sehingga ke akhirnya. Tiada manusia yang sempurna, dan kita tidak perlu menjadi terlalu sempurna, kita manusia biasa tetapi kita harus berusaha untuk memperbaiki kelemahan kita supaya menjadi lebih baik. Say

SEMBAH TAKZIAH

Image
Sembah takziah, Ke Bawah DYMM Seri Paduka Baginda Alutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail,Sultan Johor yang telah Mangkat pada jam 7:08 petang semalam. Semoga Almarhum DYMM ditempatkan bersama golongan meraka yang Beriman... Al-fatihah...

Warna 2010

Ada falsafah mengatakan "warna" itu adalah suatu lambang perpaduan. Semoga warna itu memainkan peranan dalam kehidupan. Bila jendela 2009 mula tertutup, saya cuba mengusir segala babak dan fragmen lepas agar berlalu, apakan daya bila kenangan itu terus merayap di dada jiwa. Semua orang berkehendakkan yang terbaik dalam hidup, ingin yang besar-besar belaka, cita-cita besar, rumah besar, kereta besar, gaji besar dan segala macam. Itu adalah keinginan normal bagi makhluk bernama manusia. Pokoknya, bukan senang nak mencapai semuanya tanpa ada kerberlangsungan usaha. Apa yang penting cubalah dahulukan apa yang termampu dengan kita. Jangan tergopoh gapah mengejar semuanya, takut nanti tercicir dek diri tak sabar. Hati kecil mengharapkan semoga warna 2010 adalah terbaik untuk saya, bonda dan semua. Semoga kita terus menghirup udara segar keamanan. Biarlah bait-bait api kebencian menjadi puing yang berterbangan dibawa angin puputan. Semoga tahun 2010 baik-baik sahaja untuk kita.