Posts

Showing posts from April 22, 2008

Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) DUN Selangor

Shah Alam - Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) DUN Selangor Kedua Belas berjalan lancar dengan penuh tertib. Majlis tersebut dihadiri oleh kesemua 56 Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis ini menyaksikan Y.B Teng Chang Khim dipilih sebagai Tuan Speaker Dewan Undangan Negeri manakala Y.B Puan Haniza Mohamed Talha dipilih sebagai Timbalan Speaker yang mana melakar sejarah baru apabila beliau merupakan wanita pertama yang dilantik. Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Parlimen dan dif-dif kehormat yang lain. Selamat bersidang diucapkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan Majlis pada hari ini. Kepada Abang Ali dan Mr Palikos, bersama-sama kita majukan Unit Pengurusan Majlis dan Protokol.

Sekitar Lawatan Kerja Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan ke Kuala Selangor

Image
Sekalung tahniah saya ucapkan kepada pihak (MDKS) kerana berjaya menjadi tuan rumah bagi program Lawatan Kerja Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan ke Kuala Selangor pada 19 April lepas. Program sehari suntuk itu adalah program yang berjaya dan boleh dibanggakan. Ahli-ahli rombongan tiba di Kuala Selangor seawal jam 10.30 pagi di Homestay Sg.Sireh dan disambut meriah. Ahli-ahli rombongan juga dijamu dengan makanan tradisi seperti kueh tradisional, nasi ambang dan lain-lain. Apa yang lebih menarik, mereka juga turut disajikan sup belut!!! Perjalanan diteruskan dengan melawat Ke Taman Alam, Bukit Melawati dan selepas itu para rombongan diberi kesempatan untuk membeli-belah hasil laut di Pasir Penambang. Walaupun terasa penat, wajah-wajah ahli-ahli rombangan tetap mengukir senyuman! Menikmati makan malam yang lazat sambil diserikan dengan persembahan tradisional, jelas terpancar kegirangan di kalangan ahli-ahli rombongan. Kemuncak lawatan ialah menaiki sampan untuk menyaksikan kelip-kelip