Posts

Showing posts from March, 2009

Tentang kawe....

Image
Panggil sajer kawe Fahmee. Kawe budak kampong anak jati Kelate. Kawe punyai wawasan dan cita-cita yang besa. Kawe bukanlah orang senang, dari kecik lagi doh diajar untuk berdikari. Waktu kecik dulu masa sekolah rendah di Parang Punting, kawe membesar seperti orang2 lain, ada sain-sain dan kawe rasa seronok. Gi sekolah gendong basikal ngan Jaja, kadang2 jalan kaki. Kadang2 muloh Chek atar. Waktu zaman kecik memang bez, dapat main dekcot, main hantu, bola katok, wau, bola beracun, bola tin, polis dan pencuri dan mace2 lagi. Kawe jugo x lupo tolong mok kawe gi antar kueh akok, bekang, koci, cek mek molek dan mace2 kat kedai kopi. Pastu kawe suka sangat tengok citer mirror attack dan suria perkasa hitam.. memang bez! Masa pantas berlalu, kawe berginjak ke Sek Menengah. Dapat sain2 baru, dapat jadi pengawas, jadi orang glamer, pemidato, pendebat, pengerusi kelab dan mace2 lagi.. ha..ha.. zaman sekolah memang bez. Tapi zaman tu gak zaman yang sangat perit. Kawe pernah sakit tenat, kawe perna

Raja Sehari

Image
Tahniah diucapkan kepada Irmawati (kekanda) di atas berlangsungnya majlis Raja Sehari pada 15 Mac lalu. Titipkanlah kemesraan di antara kalian, agar kebahagian itu abadi. Semoga kalian seiring dalam melayari bahtera perkahwinan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Sekitar di Majlis Santapan

Image
Bersamaan 10 Mac 2009 bertempat di Grand Ballroom Concorde Hotel telah diadakan Majlis Santapan Diraja, sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor Darul Ehsan Yang Kedua Belas, bagi tahun 2009. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah perkenan berangkat hadir di Majlis Tersebut, Majlis Santapan turut dihadiri oleh Y.A.B Dato Menteri Besar Selangor, Yang Arif Hakim Utama Mahkamah Tinggi Shah Alam, barisan saf kempimpinan negeri dan pembesar-pembesar negeri Selangor Darul Ehsan. Saya bersyukur pada Khalik kerana memudahkan urusan saya di Majlis tersebut. Terima kasih jua kepada Pejabat Dewan Undangan Negeri Selangor kerana diatas kepercayaan kepada saya dalam memikul tanggungjawab sebagai pengacara majlis pada malam itu. Segala yang baik itu datangnya dari Khalik yang Esa, dan yang lemah itu datangnya dari kerdilnya diri saya sebagai manusia. *Didalam gambar terdri daripada "mentor" saya iaitu Y.Bhg Brig Jen (B) Dato' Mohd Ariffin dan rakan-rakan iaitu Ar-Rohim da

My “santai” wexend!

Image
Sabtu yang tenang! Awal-awal lagi aku kuar rumah dan pegi ke Sunway Pyramid. Huh lega sebab awal pagi orang masih x ramai sangat. Parking banyak dowwh.. suka arrr. Niat kuar hari ini untuk ke PK Time, my Alain Delon broken, sayang bangat jam tu. Amoi tu cakap kena antar kilang maa.. ouch! Xperla nk uat camane. Nasib baik ada jam lain, maka dengan rasminya hari ini aku pakai Jam Seiko Sport pemberian dari my mentor, Y.Bhg Dato’ Ariffin. Having breakfast kt foods court di Jusco. Bihun+Ayam Goreng+The Tarik.. ermmm x sedap!! Shopping? Huh, kepala otak dok fikir apa nk beli aper arr?? Bila gi butik Chardon, xde per yang new arrival. Owhh! Teringat kena beli present untuk bonda n my sis. Nex wex balik KB, flight at 7.50 pm (12 Mac). Untuk bonda n Jiti, Jimi beli handbag wokehh. Tak tau nak pilih maa, lelaki beli handbag? Macam pelik tapi aku dah beli. Untuk aku? Bajet corner, beli t-shirt kat Top Man kira okie. Almost 4 hrs ronda2 cuci mata, so time untuk lunch. Alhamdulilah kenyang perut

Santai di Konsert Jason Mraz

Image
Saya berkesempatan untuk menonton konsert julung kali Jason Mraz di Malaysia, huh konsert ini memang mendapat respon baik daripada peminat! Malaysia dipilih sebagai satu destinasi konsert jelajah Asia penghibur kelahiran Virginia itu yang diberi nama ‘We Sing We Dance We Steal Thinks’. Terserempak ngan kawan2 lama macam Acap, Nini dan lain-lain. Antara lagu popular yang disampaikan pada konsert bermula jam 8.30 malam itu adalah I’am Yours, Remedy, Geek In The Pink dan Lucky duet bersama Colbie Calliat. Huh.. boleh tahan enjoy ngan konsert! Huh… pada Cupa yang comel jangan sedey2, semalam x expect Cupa btul2 nk ikut, ingat main2! next time bawa Cupa k?? kita tengok Mocca - Swing Again With Mocca???

Setanggi Kasih

Image
Setanggi Kasih adalah manifestasi dakwah melalui medium hiburan. Laman Budaya Shah Alam kali ini diserikan dengan persembahan yang menampilkan pelbagai elemen seperti gerak tari, nyanyian lagu nasyid, puisi Islam dan hiburan silap mata. Terima kasih kepada artis-artis yang turut menjayakan program Setanggi Kasih seperti, Suhaimi (Ina Naim), Amar, Hafiz Hamidun, Zulfian Isma Mirza,Ku Ars Azman dan aris budaya Kumpulan Kesenian Selangor. Seni budaya untuk semua... lestari ia tanpa sebarang Khilaf, semarakkan rasa cinta pada yang Esa...

Wasilah Cinta Palestin

Image
Alhamdulillah, terima kasih kerana menjayakan Wasilah Cinta Palestin di Laman Budaya baru-baru ini. Walaupun kita memberi luahan rasa pada kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin melalui seni dan cara tersendiri... Luahan ini tetap bermaya!