Posts

Showing posts from March, 2010

Jalan2 di Melaka...

Jumaat yang indah.. Jumaat dilalui dengan menikmati pemandangan di kota bersejarah, Melaka bersama dengan para media. Menikmati ikan bakar, ikan 3 rasa, sotong goreng tepung, udang, ketam, lala dan macam-macam lagi lauk pauk amat menyelerakan. Kerana Umbai, saya ketepikan untuk seketika nasihat Doktor Pakar. Tidak keterlaluan kalau saya katakan Umbai, adalah dertinasi yang harus dikunjungi jika singgah di Melaka. Saya dan kawan-kawan meneruskan perjalanan ke Bandar Hilir bila malam mula menyinggah. Buat pertama kali saya menikmati suasana malam yang sungguh mengujakan di atas  boat sambil mengelilingi bandar pelancongan Melaka. Terasa menyelusuri kota Venice walaupun diri tidak pernah pun menyinggah ke sana. Sambil menikmati muzik malam, saya sempat menikmati aiskrim Nestle sebagai desert malam sebelum pulang ke Shah Alam. Walaupun badan terasa penat, tetapi ia sungguh menyeronokkan.. minda juga terasa lapang seketika.

Gamat yang "menggamatkan"

Image
Khamis lalu, saya sempat menonton teater muzikal gamat. Saya teruja apabila tiket untuk menonton di sponsor. Lebih terharu saya menerima 4 tiket untuk menonton teater muzikal ini. Pada mulanya saya turut mengundang beberapa teman, namun akibat hal-hal tertentu ada yang membatalkan di saat-saat akhir. Saya bersama kawan baik Zk tetap teruja untuk ke MaTiC. Walaupun jalan agak jam, Zk agak arif selok belok KL. Terima kasih juga kepada Pak Guard yang membenarkan kami parking di Zon Larangan, sebab parking telah full. Saya terserempak dengan personaliti Wardina yang turut beratur membeli tiket bagi keluarga beliau. Memandangkan saya masih mempunyai 2 lagi tiket extra , saya tidak teragak-agak memberinya kepada Wardina. Berkali-kali beliau mengucapkan terima kasih dan ingin membayarnya. Saya katakan ini untuk anak-anak Wardina. Terukir rasa terharu di wajah mulus wanita santun Malaysia. Mengenai teater Gamat, saya tidak ingin mengulas mengenai naskah ini dan estitikanya dari sudut pan

Trauma!

Hampir sebulan saya tidak menulis, hampir dua bulan juga saya terpaksa berulang alik ke Hospital kerana kurang sihat. Saya tabah untuk menghadapi itu semua. Walaupun " treatment" pada minggu lepas amat menyakitkan, saya akur agar saya pulih sepenuhnya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. Kesihatan tidak boleh diperdagangkan! saya akan menjadi lebih berhati-hati dan menjaga pemakanan di samping menjadi pendengar yang baik bagi arahan doktor. Apa-apa pun saya masih trauma dengan rawatan yang lalu. Walaupun kesihatan yang tidak mengizinkan, saya tetap bersemangat dengan rutin "events" di LBSA. Sabtu lepas juga saya sempat mengurangkan ketengangan minda dengan menonton "Alice in the Wonderland" bersama salah seorang kawan baik saya. Agak terhibur dan saya memang menyukai cerita fantasi. Semoga saya terus merintis jalan hidup ini dengan baik. Semoga kesihatan saya baik-baik sahaja dan saya tahu Allah itu Maha mendengar. Semoga Allah melimpahkan r