Catatan dari Stadium Shah Alam
Malam tadi sekali lagi saya ke stadium Shah Alam. Malang buat Selangor apabila menamatkan kempen bola sepak Liga Super dengan cara paling menyedihkan apabila dibelasah 3-0 malam tadi, sekali gus menyerahkan gelaran naib juara kepada Negeri Sembilan Naza. Skuad Merah Kuning itu bukan saja gagal menduduki tangga kedua di belakang juara 2007/2008, Kedah, malah jatuh ke tangga keempat selepas dipintas oleh Johor FC, yang menundukkan Terengganu 2-1. Penyerang kebangsaan, Mohamad Zaquan Adha muncul wira pasukannya apabila menjaringkan dua gol buat Negeri Sembilan pada minit ke-44 dan 70.Penyerang import dari Nigeria, Udo Fortune melengkapkan sengsara Selangor dengan menambah gol ketiga pasukan pelawat ketika saingan tinggal kira-kira beberapa minit untuk ditamatkan. Sebagai peminat bola sepak tempatan, saya melihat ramai “pemain senior” seolah-olah malas untuk berjuang dan tahap kecergasan semakin merosot! Kalau terus begitu lebih baik saja beri peluang pada yang betul-betu...