Adiwarna...
Lama benar tak menulis diruang siber ni dek terlalu sibuk dengan kerja. Lewat September lepas adalah saat yang sangat kalut dan penuh dengan perkara yang diluar jangka! Saya berhempas pulas untuk memastikan Muzikal Adiwarna ditampilkan dengan penuh terbaik. Saya bersyukur kerana dikelilingi rakan-rakan sekerja dan barisan tenaga kreatif yang baik dan profesional. Saya sedaya upaya melunaskan tanggungjawab saya bagi meraikan Sambutan 10 tahun Bandaraya Shah Alam.
Pengalaman bersama-sama dengan pihak produksi "Muzikal Adiwarana" adalah sesuatu yang sangat bez, suka, macam cuka pun ada, tapi sangat enjoy!! saya turut belajar ayat-ayat baru seperti kekwat, sentap dan macam-macam ayat yang melucukan. Ini semua 'kerja-kerja" artis budaya. Ha..ha..ha
Sebagai Pengarah Muzikal Adiwarna, saya cuba menzahirkan sedaya mungkin "buah tangan" pertama saya. Saya mengolah dengan cara saya, dibantu oleh barisan tenaga kreatif yang saya rasakan mereka semua adalah hebat dan pakar dalam bidang masing-masing.
Saya merintis cabaran dengan penuh hemah tanpa terlalu melatah. Saya tidak mahu mengeluarkan amarah dan jauh sekali kata-kata nista apabila berada dalam situasi tegang. Saya ada bonda sebagai ubat mujarab. Itu anugerah Allah tidak ternailai buat saya. Amin..
Saya rasa teruja dan sangat gembira apabila "buah tangan" pertama saya mendapat perhatian yang baik. Saya akan jadikan bait-bait pujian dan kalungan tahniah sebagai motivasi untuk terus berkarya. Tanggal 9.10.2010 (malam menunggu detik 10.10.2010) sebagai pemangkin untuk saya menghasilkan sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah.
Setelah 9 tahun saya tidak beraksi dipentas persembahan. Saya mengambil keputusan 1 jam sebelum show bermula untuk turut beraksi bagi segmen "Katarsis". Memegang watak "manusia hipokrit dan keliru", saya berekspresi dengan cara sendiri. Segmen ini adalah antara segmen yang terbaik dihasilkan.
Uhh... penatnya bukan kepalang! sangat-sangat penat. Paling penat melayan karenah "seorang manusia" yang menyusahkan saya! mulai saat ni... "no money no talks"... pergi main jauh-jauh..
Apa-apa pun saya bersyukur pada Allah kerana pada malam itu adalah suatu kejayaan bersama.Saya simpan pengalaman berharga, pahit, manis dan kelat itu sebagai pengajaran yang berguna.

Comments