Posts

Showing posts from October 20, 2010

Adiwarna...

Lama benar tak menulis diruang siber ni dek terlalu sibuk dengan kerja. Lewat September lepas adalah saat yang sangat kalut dan penuh dengan perkara yang diluar jangka! Saya berhempas pulas untuk memastikan Muzikal Adiwarna ditampilkan dengan penuh terbaik. Saya bersyukur kerana dikelilingi rakan-rakan sekerja dan barisan tenaga kreatif yang baik dan profesional. Saya sedaya upaya melunaskan tanggungjawab saya bagi meraikan Sambutan 10 tahun Bandaraya Shah Alam. Pengalaman bersama-sama dengan pihak produksi "Muzikal Adiwarana" adalah sesuatu yang sangat bez, suka, macam cuka pun ada, tapi sangat enjoy!! saya turut belajar ayat-ayat baru seperti kekwat, sentap dan macam-macam ayat yang melucukan. Ini semua 'kerja-kerja" artis budaya. Ha..ha..ha Sebagai Pengarah Muzikal Adiwarna, saya cuba menzahirkan sedaya mungkin "buah tangan" pertama saya. Saya mengolah dengan cara saya, dibantu oleh barisan tenaga kreatif yang saya rasakan mereka semua adalah hebat dan p