Posts

Showing posts from July, 2008

Sekitar Perlawanan Chelsea dan Malaysia

Image
Lama tidak menulis dek kesibukan. Huh..hujung minggu pun dipenuhi dengan jadual yang padat. Malam semalam, saya bertugas di perlawanan Chelsea dan Malaysia. Rasa teruja bila bintang2 terkenal Chelsea mengambil tempat, apatah lagi saya dapat menyaksikan perlawanan dalam “view” yang baik. Turut berangkat menyaksikan perlawanan tersebut ialah DYMM Sultan Selangor, KYDMM Sultan Pahang, TYT Terengganu dan hadir sama ialah SUK Selangor, Menteri Belia dan Sukan dan dif-dif kehormat yang lain. Tiada kejutan terjelma ketika kesebelasan negara sekadar berjaya mengekalkan kekalahan kepada angka layak dihormati apabila kecundang 0-2 kepada gergasi bola sepak Inggeris, Chelsea dalam aksi persahabatan di Stadium Shah Alam. Kegigihan memang nampak, ketika jurang dan beza bagaimanapun tampak ketara untuk kelab naib juara Liga Perdana Inggeris itu mudah melengkapkan misi melakar kemenangan ketiga sebagai menutup rekod sempurna jelajah Asia mereka.

I miSS u guyS!!!

Image
Hampir 2 tahun tidak bersua, rasa rindu mula bertandang, ia susah ditafsir kerdilnya jiwa… Kenangan waktu belajar adalah sesuatu yang indah! Bila diri menginjak dewasa.. maka ruang untuk bersua makin terbatas.. . Inilah wajah2 “PRO” graduan Bachelor of Mass Communication with Honours (Public Relations) UiTM . Sedikit tentang mereka, ada yang sudah menjadi raja sehari, ada baby comel dan ada yang bakal memadu janji.. Tentang kerjaya? Felani further Master di London, Kohar seorang Usahawan berjaya, Ikin di (PNB), Fiza (MAXIS), Erin (KEJORA), Bell (BERNAMA), Mahani (MAJUIKAN), Nonoi (OIL&GAS), Ila (TNT), Kak Udin (UDA HOLDINGS), Che A’ (MAYBANK), Nini (ASTRO), Yati (SUK), Ira (ASIA PR), Lyn Junior (TNB).. ermm the rest I’m not so sure, coz dah lama tak dengar khabar! Jika masa milik kita, biar sampai bersua lagi… selamat maju jaya untuk kalian!!!

"Ever After Celebration"

Image
Congratz to Amal & Fina

Hujung minggu...

Sabtu 12/ 07 Huk2.. pagi2 dah nak kena gerak ke Glenmarie, yup kena service kereta gak! dah berapa kali delay.. jenuh menunggu, bout 12 tgh hari baru siap.. perut pun dah lapar dowh.. gua ngan Aril have lunch kat Gembira sek 3.. foods dia not bad la.... dalam 3.15pm Cik Azah datang amek kitorang kat umah.. saje2 gi window shopping kat Sunway.. waa.. mata pun dah mula rabun, dari nak window2 shopping, kopak gak dalam RM400 coz beli new jeans+shoes+belt... orait la tu RM 400.00 untuk 3 item.. nasib baik ada sales... kalau tak kempunan gak gua.... dalam 6.30 pm chowww from Sunway.. gua, Aril & Che Azah singgah di Miza Kopitiam Sek 7.. Saje2 minum petang. Huh..nasib malang sket ar, laksa kat Miza Koptiam dah x kitz lagi.. tawar semacam jer... jimat garam ke???. Malam tu, dalam kul 10 lebih.. sempat lagi take a way Mc D.. uikssss.. macamane x boroiiiii? hik2.. :0 Ahad 13/07 Sunday yang malas....... tapi arini saya keje maaaa.. 9 a.m dah kena gi rehearsal untuk event kat Dewan Jubli..

PulaNGkaN!!!

Dalam diri perasaan marah dan sakit hati memang tebal! tido pun terganggu dek kehilangan benda yang kita sayang! kepada si pencuri itu, pulangkan milikku kerna kali ini aku akan jejakki kamu dengan apa cara sekalipun!!! kali ni memang saya x boleh bersabar dengan manusia yang berwatak syaitan, hidup meyusahkan orang lain... Beberapa bulan yang lalu saya bersabar bila kasut sukan dan kasut kerja hilang di dalam rumah, yang herannya kasut2 yg lain x diusiknya, "anjing" memang licik, dia menghidu dan kebas kasut yang berjenama sahaja! saya x suka menuduh lalu diam sahaja... 3 hari yang lepas, barang makanan saya pula diambilnya, choclate, biskut, sardin, instant mushroom soup turut jadi mangsa "hantu raya"... kali ni saya kenal "hantu raya" tu.. terus dalam benak minda, adakah dia si" anjing"??? Last nite, i went to pharmacy, buy a few things.. then having dinner in sek 3.. at 10p.m memang dah sampai umah.. terkasima bila my luv jacket hilang kat da

hUh GoSiP...

Image
Meeting juz finisned about 7 p.m, today is my turn to park my BJV inside..bengong betul si Rauf, tup2 kereta dia pulak yang masuk, xpela.. i ni jenis yang banyak tolerated ngan kawan2! biasalah hidup bujang.. tambah2 si Rauf dikenali dengan manusia yang berwatak emosi, suka menang dan mengaku bijak (itu kata dari kawan2 serumah) hu..hu Fahmee x mahu bertekak atau cari gaduh!!! Having dinner with rakan2 reporter di Gembira SEK 3.. Ku Ars & Zulfianismamirza, reporter politik dan sorang lagi majalah hiburan... suka bangat bila ada PC... so mcm2 gosip yang keluar.. owh baru tau artis tu.. wow lebih dasyat ahli politik tu ada skandal ngan.... siap dengan bukti2 yang jitu.. erm, lets their be... saya suka menjadi pendengar yang baik, as a PR practitioner i do like to keep everything in secret! Lately memang busy.. kena cancel a few gathering... opss! Shah Alam dah kembali kalut, bising dan sesak. Jumlah student UiTM menjadi-jadi.. ramainya bukan kepalang, alahai Dato' VISI.. imbang-i

FITNAH – Siapa yang rugi dan siapa pula yang bertepuk tangan???

Malaysia hari ini diselimuti dengan PERBUATAN fitnah-memfitnah! Ia kejap dan seolah-olah menjadi makanan ruji oleh insan-insan durjana yang hati mereka begitu busuk. Andai dicincang tubuh manusia-manusia itu, anjing kurap pun tidak selera dengan daging hamis dan kotor itu! Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Akan muncul suatu ketika yang mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasanya sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah." (Hadis riwayat Muslim). Sesungguhnya fitnah adalah perbuatan tercela dan dilarang keras. Firman Allah bermaksud: "Fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan." (Surah al-Baqarah, ayat 191). "Lantaran terlalu banyak perkara palsu serta pembohongan dalam fitnah itu, pembuat fitnah biasanya “menyembunyikan” dirinya supaya tidak diketahui orang kerana ia tidak mahu bertanggungjawab dan menyedari perbuatannya itu adalah palsu belaka. Pembuat fitnah tidak berjaya jika tidak dibantu oleh orang yang menyebarkannya. Sebab i

Piala Sultan Selangor kembali ke “Merah Kuning”

Malam tadi merupakan kali ke 2 saya bertugas untuk menguruskan hal ehwal protokol dan majlis di Kejohonan Piala Sultan Selangor. Lebih manis apabila tahun ini SELANGOR menjuarai Piala Sultan Selangor 2008 selepas menewaskan Pilihan Singapura 4-3 menerusi sepakan penalti, apa yang penting Selangor berjaya mengekang pelawat daripada mencipta hatrik kejuaraan di Stadium Shah Alam malam tadi. Selangor memastikan kejuaraan apabila penjaga gol, Suffian Abdul Rahman menyelamatkan sepakan penalti Shahril Ishak untuk membolehkan Selangor menang 4-3. Terdahulu dalam perlawanan pembuka tirai, Veteran Singapura menewaskan Veteran Selangor 8-7 menerusi sepakan penalti selepas kedudukan terikat 2-2. Syabas untuk ‘Merah Kuning’!

Penghujung Jun yang "cemas" & Huh dah Julai???

30 /O6 Penghujung Jun yang tidak baik! 30 Jun, rasa separuh nyawa bila terperangkap dalam lift! Hampir 1 Jam terpaksa menendang pintu dan kiri-kanan menekan loceng kecemasan. Rasa cuak bila 2 lampu terpadam, lebih malang bila handphone xde coverage.. 012 dan 013 x bermakna time kecemasan macam tu, sekadar dipandang sepi. Hati rasa gundah dan tiba2 minda teringat bonda dan kawan2 tercinta! Huh… penuh emosi.. Dari 7.15 hinggalah 8.10 minit baru bantuan “penyelamat” sampai. Memang x bermaya tapi dalam hati timbul rasa geram kepada pak guard kena time kecemasan dorang boleh tido plak… Kerana rasa tidak selesa, tambahan pula kondisi diri yang tidak stabil, mesyuarat pagi tu terpaksa saya kecualikan.. perlu rehat secukupnya coz ptg tu kena ke Putrajaya untuk meeting yang lain. 1/O7 Hello Julai.. Hari yang sangat busy!!! Mulakan hari dengan ceria… breakfast with milo+nasi goreng Palikos. Sepatutnya kena jaga Kaunter MES, ikut giliran yang ditetapkan. Sori kekawan, saya terpaksa excused coz pa