Posts

Showing posts from January 3, 2019

Selamat Tahun Baru 2019

Bismilahiromanirahim Marilah kita sama-sama berselawat kepada junjungan besar baginda Nabi Muhammad (S.A.W). Dia adalah kekasih Allah (S.W.T). Selagi dinamai kehidupan Umur itu adalah sebuah kesempatan Selagi tidak dipanggil pulang Mudalah dengan kesungguhan Dewasalah dengan pengajaran Tualah dengan pengalaman Lapangkanlah jiwa dengan kemaafan Sibuklah dengan kebaikan dan pengetahuan Belajarlah menghargai alam Kayakan dengan senyuman Semoga hari-hari mendatang untuk kita adalah yang baik-baik...moga pengakhiran hidup juga adalah baik... Ajal itu tanpa syarat, dijemput sakaratul maut pun tanpa tertunda walau sesaat cuma. Kita mempunyai 365 bab pada tahun 2019 untuk dilalui dengan warna warni. Panjang umur dilalui hingga bab yang terakhir. Samada bab 1 dipilih dengan hal-hal gembira nan ceria atau sedih dan mengecewakan, ia tetap harus dijalani. Semoga bab berikutnya penuh baraqah. Jadilah orang yang berbahagia dengan berbaik sangka ... Tulus, Fahmee Pr

Ibu,bonda,mok...... Sebuah kehilangan

Layukallifullahu nafsan illa hus'aha. Allah takkan membebani hambaNya dengan ujian melainkan sesuai dengan kesanggupan hambaNya. Selamat berpergian Mok....... Semalam, 17 Disember, Isnin jam 3.50 pagi, Allah telah memberi ujian yang sangat berat untuk ditanggung oleh jiwa. Sebuah peristiwa yang meruntun kehidupan saya. Seluruh perdu rasa tersentak dan galau namun dengan izin Allah jua, diri ini redha di atas musibah dan menerima takdir yang tertulis dengan penuh ikhlas dan insaf. Di atas suratan yang tertulis jua, Allah telah menjemput ibu kesayangan saya Allahyarhamah Hajjah Mai Kelsom binti Ismail untuk pulang ke negeri abadi. Allah (S.W.T) telah memanggil pulang "Malaikat Kecil" saya yang senantiasa mendoakan anak-anaknya. Sungguh, saya telah kehilangan satu keberkatan di sisi Allah, iaitu tulusnya doa seorang ibu. Bonda dipanggil pulang dengan mudah sekali. Ini kali pertama bonda masuk hospital dalam sejarah hidupnya. Sebelas hari bonda terlantar dek "lu...