Saya seorang Islam, Melayu, Malaysia dan MERDEKA
Saya bersyukur dilahirkan sebagai Islam. Sebagai muslim saya wajib beriman kepada Allah, Tuhan yang Maha Bijaksana menciptakan alam tanpa pertolongan. DIAlah KHALIK yang Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Justeru, saya haruslah sentiasa memperbaiki diri untuk mendapat keredhaan Tuhan dalam erti kata yang sebenar. Semoga saya terus diberi ketetapan hati sehingga saya dikafankan. Akan kuberi hati ini untuk Tuhan yang Maha Pencipta. Saya bangga menjadi anak Melayu Kelantan. Saya akan memastikan semangat Melayu yang kuat dan taat bersendikan adat, bertunjangkan agama akan terus mekar di dalam jiwa saya. Sebagai Melayu, saya memikul tanggungjawab yang besar iaitu untuk hidup serumpun dan harmoni, tanpa mengundang curiga. Sebagai Melayu wirawasta, saya berusaha untuk hidup berdikari selagi ada kudrat. Saya tidak boleh mengharapkan subsidi atau menunggu emas yang tidak akan jatuh dari langit. Saya tidak mahu bermimpi di siang hari. Saya perlu ber...