Posts

Showing posts from 2009

"SIGHT SEING"

Image

Salam Awal Muharram 1431 Hijriah

Angin puputan dari lembah, Awan mega penuh rona, Tahun berganjak usia berubah, Biar hidup dilalui sempurna.... Salam Awal Muharram 1431 Hijriah.. untuk semua teman, rakan dan taulan.... Moga Khalik lindungi kita semua dari bahaya sang dunia... Amin

Music For Youth's

Image

ULANG TAHUN KEPUTERAAN YANG KE 64 D.Y.M.M SULTAN SELANGOR

Image
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ D.K.,D.M.N.,D.K.(Terengganu).,D.K.(Kelantan).,D.K.(Perak)., D.K.(Perlis)., D.K.(Negeri Sembilan)., D.K.(Kedah).,S.P.M.S.,S.S.I.S.,S.P.M.J. Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan Serta Segala Daerah Takluknya Bingkisan mengenai Baginda Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor ke 9 pada 22 November 2001 bersamaan dengan 6 Ramadhan Tahun 1422 Hijrah. Pemasyhuran Baginda adalah berikutan kemangkatan Padukan Ayahanda Baginda Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 21 November 2001. Baginda kemudiannya ditabal dan dimahkotakan dengan penuh Adat Istiadat Diraja di Balairung Seri,Istana Alam Shah, Klang dalam Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan pada 8 Mac 2003 bersamaan dengan 5 Muharram 1424 Hijrah. Baginda adalah putera sulong D.Y.M.M

NATRAH@bertha

Image
Saya berkesempatan menonton Natrah, saya begitu teruja dengan arahan pengarah hebat Eirma Fatima yang baru sahaja menggondol 6 anugerah di Anugerah Skrin menerusi Tersasar Di Jalanmu. Teater Natrah..... Bicara Wan Aminah..."bukan soal anak angkat", walau tiada setitis darah mengalir di tubuh Natrah, tapi aku rela mempertaruhkan nyawaku demi Natrah kerana batinnya mengkehendakkan Islam.... kiblatnya adalah Kaabah.... Muhammad (S.A.W) adalah Rasulnya.. waima ia bersungguh.. hanya luahan rasa tidak bermaya... Natrah akhirnya disemadikan sebagai Bertha.

"Kedaulatan Raja - Warisan Yang Mesti Dipertahankan"

Semalam saya berkesempatan menghadiri Wacana Kedaulatan Raja – Warisan Yang Mesti Dipertahankan di Dewan Jubli Perak. Majlis yang dirasmikan oleh D.Y.M.M Sultan Selangor adalah satu majlis ilmu yang sungguh bermakna dan memberi pengertian yang sangat besar. Tahniah saya ucapkan kepada penganjur. Dengan penuh rasa kesedaran dan keinsafan, baru saya mengerti mengerti hakikat yang selama ini dikaburi dan tidak diberi kefahaman oleh politikus-politikus dan pemerintah. Sewajarnya, saya juga patut menyalahi diri sendiri kerana tidak membiarkan minda ini terus buta ditinggal masa. Penjelasan oleh Y.Bhg. Professor Emeritus Tan Sri Dato' Dr.Khoo Kay Kim, Y.Bhg. Dato' Salehuddin Saidin dan Y.Bhg. Datuk Professor Dr. Ramlah Binti Adam sungguh terkesan dan memugar paradigma. Saya akan berkongsi dengan kalian konklusi wacana di entry yang akan datang. InsyaAllah.

Belasungkawa buat arwah Kak Nora....

Mendapat sms dari Fu pada jam 9.21 minit malam, membuat saya tersentak seketika. Masa mencemburui Kak Nora lalu menjemputnya pulang pada Allah Maha Pencipta. Walaupun singkat mengenali arwah, tapi saya amat kagum dengan wanita itu. Kesungguhan dalam memperjuangkan hak-hak pekerja adalah bukan kepalang. Sikap gigihnya membawa banyak angin perubahan terhadap kesatuan sekerja. Lebih sedih apabila saya difahamkan Pegawai Teknologi Maklumat di Jabatan ICT itu meninggal dunia akibat sakit yang tidak dapat dikesan oleh dunia perubatan moden. Malah pakar perubatan juga kelu. Cakap-cakap, arwah terkena buatan khianat manusia yang berhasad dengki. Kalaulah, cakap-cakap itu betul, betapa kejamnya manusia yang laknat itu. Dunia ini pinjaman sementara. Betapa Allah menjadikan pentas ini sebaik-baiknya. Dunia tua akibat manusia salah mewarnakannya. Membiarkan kebencian melebihi segala, membiar nafsu menjadi raja, lalu tanpa rasa berdosa sanggup berkhianat hingga membawa kepada sebuah kematian.

Bila Kijang menangis lagi...

Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia musim ini selepas menewaskan Kelantan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Hasrat Kelantan untuk mendakap Piala Malaysia musim ini musnah apabila Shahurain Abu Samah meletakkan Negeri Sembilan di hadapan pada separuh masa pertama. Kekecewaan pasukan Cik Siti Wan Kembang diteruskan dengan gol kedua hasil jaringan Hairuddin Omar selepas beberapa minit permainan separuh masa kedua mula. Pasukan Hoben Jang Hoben itu terus membuahkan hasil apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Zaquan Adha. Kelantan hanya mampu mendapatkan satu jaringan daripada sepakan percuma Indra Putra Mahayuddin. Lautan merah membanjiri Staduim Nasional kerana 80% para penonton adalah rakyat Negeri Kelantan. Kemeriahan perlawanan tercemar dek kerana sikap tidak cerdik dan tidak matang sesetengah rakyat Kelantan. Sungguh memalukan! Kijang menangis lagi kata seorang Pakcik Tua yang sanggup meredah banjir, cuti 4 hari dari menoreh getah, sem

Salam NOVEMBER

Agak lama saya tak upadate blog. Sangat sibuk dengan kerja-kerja pejabat, tugasan luar dan hal-hal kehidupan yang tidak dapat dielakkan. Cepat benar masa berlari. Hari ni dah 3 November. Hari ini genap 6 hari di rumah baru.. Adat bujang dan perantauan, pindah randah perkara biasa.. bak kata my bro, pindah randah banyak kali boleh jadi papa kedana.. aduyaiiii. Nauzubillah.. Dalam hati teringin nak ada rumah sendiri. Shah Alam hartanah sangat mahal. Saya ada teringin nak memiliki sebuah apartment yang 90% siap, bila ditanya kembali harganya.. owhh 245k.. tak mampu gua nak membayarnya. InsyaAllah jika ada rezki Alllah dalam hujung tahun ni atau tahun hadapan saya teringin memiliki sekurang-kurangnya sebuah apartment di Shah Alam. Bajet??? biarlah harganya tidak terlalu tinggi, yang mampu dengan saya.. hahaha.. nak membeli rumah?? huh, Shah Alam harga rumah landed house.. semuanya dalam 300k n above......nampaknya kena bermimpi setiap hari agar mimpi jadi realiti... Dalam meneruskan ag

Salam Lebaran MAAF ZAHIR&BATIN

Image
Salam semua, kembali menulis diruang sempit ini. Saya dengan penuh kerendahan hati ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir&Batin. Raya kali ini sangat sederhana, kehilangan arwah abang sangat terasa. Jumaat, 18 hbn: Perjalanan dari KL ke KB sangat memenatkan, melalui LPT Terengganu, 10 jam perjalanan terasa amat letih,gusar dan  adakala menyeronakkan. Alhamdulillah selamat sampai ke kampung halaman dengan selamat. Sabtu,19hbn: Saya mengambil kesempatan untuk ke KB, huuuh jalan sangat sesak dipenuhi dengan kenderaan anak-anak Kelantan perantauan. Walaupun saya sudah shopping di KLCC,Pavilion dan Sunway... memang bila sampai KB, masih rambang mata, bukan apa, saya sudah berniat di hati untuk berbelanja di KB semata-mata nak menjana ekonomi peniaga di Kelantan, untuk itu saya telah memperuntukkan hampir RM500 untuk membeli pakaian walaupun dah berlambak.. Ahad,20hbn: Takbir Raya bergema jelas. Seawal pagi untuk bangun besiap ke M

Kehilangan itu amat menyakitkan...

Kehilangan itu amat menyakitkan. Semoga kekanda tenang di sana. Sebelum saya berangkat ke Sultan Ismail Airport, saya mendakap erat bonda... dalam sendu bonda berbisik " anak bonda hilang lagi", untuk ke berapa kali saya menyeka air mata.... 11hbn - Jumaat, Saya menerima panggilan dari Abg saya di N9, Abg Samsor memaklumkan yang Abg Leey telah dimasukkan ke hospital dan berada dalam keadaan yag tidak stabil. Abg Samsor kata "berdoalah sama-sama pada Allah. Saya terus berdoa kepada Tuhan agar Abg Leey terus sihat-sihat saja, semoga beliau terus bertahan... memandangkan 18 Sept saya akan pulang ke Kelantan. Selepas mendapat khabar, saya sentiasa saja mengikuti perkembangan dengan menelefon kakak sekerap mungkin.... harapan saya semoga dia cepat sembuh. 12hbn, Sabtu yang dingin di Shah Alam. Entah mengapa saya keluar umah seawal jam 8.30pg untuk ke mall bagi membeli barang, saya telah membazirkan waktu 2 jam tanpa berbuat apa-apa. Setelah berjumpa rakan sekitar jam 1 le

Terima kasih teman...

Petang 8/9/09 yang lepas, sewaktu saya baru sahaja berbuka puasa, saya menerima SMS dari sahabat lama. Sahabat saya adalah manusia sangat bertuah dalam hidupnya. Menjadi seorang jutawan dalam usia yang muda dan hampir mengelilingi seluruh dunia. Tuhan telah memilihnya untuk menjadi manusia yang kaya tetapi tidak pernah lupa diri. Itu bahagian hidupnya. Saya terkejut, apabila kandungan SMS tersebut tertulis, Fahmee, "saya sekarang berada di hadapan Kaabah, kalau nak mintak tolong doakan apa-apa, cakaplah". Sungguh terharu kerana teman lama masih mengingati saya apatah lagi sudi untuk berdoa untuk kesejahteraan kawanya. Saya bersyukur pada Allah.

About 2 Sept

Image
Hye.. I m writing again... I just reached home after break a fast at KLCC, Petronas Executive Club, and Level 42. There are very nice place and such a 5 star. TQ very much to Ku Ars Azman (MMR) and Mr Azeman Said, Manager Media Relations Petronas, Group Corporate Affairs for an invitation. The story behind… I just park my car at Shah Alam Commuter Station to avoid from jam. My friends and I stuck in Bangsar LRT because of unscheduled delayed train. We just break a fast with mineral water and one slide bread. Huhu, the train working and we just arrived at 7.50pm. Gosh! TQ again to Mr Azeman for good treat even us being late. Hehe, I just want to say that 100% foods very delicious. I m full.. After take break a fast, Petronas Representative brings us to "sightseeing" in KLCC Bridge. OMG.... About 2 September Today as 1 year I has been attach in MBSA. Frankly speaking, is hard to be perfect, I just human being and cant avoid in mistakes.  I m try my best to give a good commit

Saya seorang Islam, Melayu, Malaysia dan MERDEKA

Image
Saya bersyukur dilahirkan sebagai Islam. Sebagai muslim saya wajib beriman kepada Allah, Tuhan yang Maha Bijaksana menciptakan alam tanpa pertolongan. DIAlah KHALIK yang Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Justeru, saya haruslah sentiasa memperbaiki diri untuk mendapat keredhaan Tuhan dalam erti kata yang sebenar. Semoga saya terus diberi ketetapan hati sehingga saya dikafankan. Akan kuberi hati ini untuk Tuhan yang Maha Pencipta. Saya bangga menjadi anak Melayu Kelantan. Saya akan memastikan semangat Melayu yang kuat dan taat bersendikan adat, bertunjangkan agama akan terus mekar di dalam jiwa saya. Sebagai Melayu, saya memikul tanggungjawab yang besar iaitu untuk hidup serumpun dan harmoni, tanpa mengundang curiga. Sebagai Melayu wirawasta, saya berusaha untuk hidup berdikari selagi ada kudrat. Saya tidak boleh mengharapkan subsidi atau menunggu emas yang tidak akan jatuh dari langit. Saya tidak mahu bermimpi di siang hari. Saya perlu berusaha keras untuk mencari sesuap n

A Peaceful Ramadhan

Image
Alhamdulillah, thanks God caused giving me a chance to enjoy my life. Today is fourth day month of fasting. This is peaceful month.. Oh my God… My health also 90% recovery after I got a worse fever last 2 week. Time is flying, I faced again RAMADHAN… I hope my self will facing RAMADHAN until the end of life. Allah – the Most High – said: "The month of Ramadhan in which the Qur’an was revealed, a guidance for mankind and clear proofs for the guidance of the Criterion between right and wrong. So whosoever of you sights the crescent for the month of Ramadhan, he must fast that month." [Surah al-Baqarah 2:185] Allah’s Messenger, sallallahu `alayhi wa sallam, said: "Islam is built upon five: Testifying that none has the right to be worshipped except Allah and that Muhammad is the Messenger of Allah, establishing the Prayer, giving the Zakat, performing Hajj to the House, and fasting in Ramadhan." He sallallahu `alayhi wa sallam said: "There has come to you Ra

"Ahlan Ya Ramadhan"

Image
Ahlan Ya Ramadhan , kau datang jua menemuiku yang lemah ini. Semoga DIA terus mengizinkan lagi untuk terus bertemu hingga ke akhir hayatku. Untuk teman-teman, saya mengucapkan Selamat Menjalani Ibadat Puasa. "Awwaluhu Rahmah, wa awsathuhu maghfirah wa aakhiruhu 'itqun minnar naar" - Permulaanya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhiraanya pelepasan api neraka.

Selamat Ulang Tahun FAHMEE :)

Image
TQ 4 all wished my bufday... Alhamdulillah, diri ini masih bernafas dan masih diberi kebebasan untuk menghirup udara sebaik-baiknya. Rasa seperti mati hidup semula apabila mengingatkan kejadian petang 7 Ogos lepas, kejadian yang hampir meragut nyawa. Syukur pada Khalik yang Esa. 9 Ogos , tarikh keramat, SELAMAT ULANG TAHUN untuk diri sendiri! semoga Khalik yang Esa terus menerus memberi rahmat dan petunjuk buat saya. Memberi kemurahan rezki, kealfiatan dan segala yang terbaik buat saya, bonda, ahli keluarga dan teman-teman tercinta. Walaupun saya terpaksa bekerja pada 9 Ogos bagi melunaskan tugas SME09, itu tidak mengapa. Saya lunaskan terlebih dahulu tanggungjawab yang tergalas untuk kemaslahatan bersama. Rasa sangat puas apabila kita berjaya menunaikan tanggungjawab dengan penuh komited dan iltizam. Terima kasih pada teman-teman yang mengingati tarikh keramat saya. Terima kasih jua kepada Mr Tan, Kak Nani 99 yang telah mengahantar sebiji kek Secret Recipe ke pejabat saya. R

Sisipan SME 09

Image
Sekitar Pertandingan Marhaban&Berzanji Selagor 09 Yuna bezz! Rasa sangat puas, apabila SELANGOR SME 09 telah melabuhkan tirainya dengan penuh jaya. Melewati 9 hari berkampung dari 1-9 Ogos 09 dalam menggalas misi SELANGOR MUZIKAL EXTRAVAGANZA 09. Ia sememangnya membawakan festival seni yang unggul. Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai persembahan kebudayaan serta alunan muzik telah dipersembahkan merangkumi aspek budaya dan muzik masyarakat majmuk di Malaysia. Antaranya adalah, Pertandingan Pancaragam, Dram Halilintar, Persembahan Kebudayaan, Konsert Nasyid, Pertandingan Marhaban dan Berzanji, Festival Jalanan, Konsert 1 Heart Selangor, Permainan Tradisional, Sambutan Orang Asal Sedunia, Pertandingan Tarian, Persembahan Teater, Persembahan Puisi dan Lagu Indie, Persembahan Band, Twin Festival, Poco-poco, Pameran Kereta Mini Klasik, Pertandingan Patriotik Idol. Persembahan Akustik, Baca Naskah dan Konsert Penutup yang berlangsung semalam dengan menampilkan artis-artis sepe

Cerita Nasi Kerabu...

Image
Nasi kerabu, sangat unik, ia digemari ramai, sedap di makan, makanan yang popular di Negeri Kelantan, Negeri Serambi Mekah. Nasi kerabu kadang-kadang nasinya warna biru, putih dan kuning. Ia dihidang bersama dengan ulam-ulaman, kelapa parut, budu adalah wajib, air lada dan kuah tumis. Kecur air liur… nak sedap??? kita letak telur asin, kepok keping, bawang jeruk, daging bakar, solok lada dan ikan celup tepung.. owhhh memang terangkat!!!! Itu cerita nasib kerabu.. saya sekadar memberi analogi tentang nasi kerabu dan rakyat Malaysia. Ini hanyalah sekadar pandangan peribadi yang tidak berpihak kepada mana-mana. Ohhh Malaysiaku, tanah tumpah darahku, negaraku yang aman,hakikatnya 60% daripada penduduknya adalah Melayu yang bertunjangkan Islam sebagai agama rasminya. Pelbagai kaum mewarnai bumi Malaysia, Cina, India dan lain-lain. Bumi Malaysia tidak pernah menghalang atau menyekat mengenai hak-hak yang lain, malah memberi peluang yang cukup meluas. Betapa cukup baik Malaysia dan penduduk a

Belasungkawa Yasmin Ahmad

Image
Lewat malam yang dingin pada Sabtu lalu,11.41 saya telah menerima sms dari seorang teman media yang mengkhabarkan Yasmin Ahmad telah pulang ke rahmutullah pada jam 11.25 pagi, saya termenung seketika sambil saya majukan sms yang sama kepada rakan-rakan pengamal perhubungan awam dan teman-teman yang lain. Saya bertuah kerana lewat 2004 di KLCC saya pernah bersua sekali dengan beliau. Pertemuan yang tidak disengaja sewaktu Kak Min berada di ISETAN dan saya penuh yakin memanggilnya Kak Min dan beliau menyambut baik sapaan saya. Saya luahkan pada Kak Min yang saya terlalu minat dan kagum terhadap sentuhan iklan beliau dewasa itu. Dari itu juga saya selalu menjengah blog Kak Min. Anak Johor berkelulusan ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom ini adalah seoarang yang hebat. Kak Min juga disifatkan sebagai seorang sutradara yang bertanggungjawab dan penuh prolifik. Kak Min tidak pernah memandang enteng mengenai rasa berkasih sayang, perasaan cinta dan hormat m

Hey KHAMIS!

Image
Bersama dengan PR Manager, TSSB-En Saat Sekitar Gimik Pelancaran Rakan-rakan media "Semoga Khamis ini menjadi yang terbaik untuk semua" begitulah text sms yang dikirim oleh teman media Ku Ars Azman. Di tempat yang sama di seksyen 2 Shah Alam, kelihatan JPJ sibuk menyaman pesalah trafik. Masa yang genting dek kesibukan orang ramai berpusu ke tempat kerja. Huh, 2 minggu lepas saya juga telah disaman dan terpaksa membayar RM300 kerana melanggar lampu KUNING! tension sangat! lampu KUNING pun kena saman ke??? Lepas kejadian itu, saya nekad untuk menjadi pemandu yang berhemah, pastikan belt dan jgn sesekali langgar lampu isyarat dan menggunakan telefon bimbit! AWAS! Pagi yang sibuk, saya meluangkan masa hampir 1 jam di Studio untuk melihat latihan penyanyi Roy bersama dengan kombo MBSA membuat latihan bagi program D'Muzik@LB -"KAMI ANAK MALAYSIA" pada 26 Julai ini. Ermmm.. nampaknya semuanya berjalan lancar. 12.30, saya terpaksa bergegas ke Pejabat SUK untuk mengha

Shout Award!

Image
Saya sempat meluangkan masa di majlis anugerah baru Shout Award pada Jumaat lepas atas jemputan media, kesibukkan jalan ke Stadium Putra memang terserlah apabila ada latihan MU di Stadium Bukit Jalil. Lautan gelombang merah! Bercirikan MTV dengan penampilan yang tersendiri, Shout Awards berjaya dengan penampilan pertama mereka. Dengan trend undian sms, kemenangan Bunkface bukan satu kejutan lagi. Revolusi Bunkface memang menjadi apatah lagi kumpulan ini memang digilai remaja. Apabila terlalu URBAN, maka Bahasa Ibunda pun dipinggirkan yang saya rasa sedikit kerterlaluan. Ouch…. Penganjur tentu ada jawapan. Persembahan dan konsep yang dibawa ada kelainan namun saya tidak bersetuju apabila kita terlalu berpaksi pada BARAT, tidak ada khilaf apabila nilai timur diketengahkan dan dicirikan dengan konsep 1 Malaysia. Apa-apa pun tahniah 8tv! Post party??? ok la, not bad...

Hari ini SELASA

Semalam, saya dikhabarkan dengan berita kematian rakan sekerja akibat komplikasi jantung. Sama sekali tidak menyangka kerana lewat 2 minggu lepas semasa saya melawat arwah di HKL, arwah sudah sihat dan dijangka keluar hospital. Tuhan lebih menyayangi, saya bangga kerana sempat mengenali seorang pemuzik yang hebat seperti beliau. Di akhir pertemuan yang lalu, arwah sempat berpesan kepada saya, "En Fahmee, jangan sesekali tewas dan mengalah dengan cabaran yang mendatang, saya tahu En Fahmee seorang ketua yang sangat baik dan diplomatik". Ada genangan titisan di kelopak mata arwah. Masih terngiang-ngiang bicara itu. Hari ini SELASA, jam 8 pagi saya bersama dengan Datuk Bandar dan Pengarah Pengurusan sempat melawat jenazah di Kota Damansara. Saya sempat meyaksikan wajah arwah yang tenang buat kali terakhir. AL-Fatihah untuk arwah Ramlee. Hari ini SELASA, buat pertama kali saya "tewas" dan menerima ajakan rakan sekerja untuk sarapan pagi di Kafe. Biasanya, saya lebih suk

Sekitar Majlis Santapan Sempena 50 Tahun Dewan Negeri Selangor

Image
Memenuhi undangan dan pada masa yang sama memikul tanggungjawab bagi menjayakan Santapan bersama DYMM Sultan Selangor Sempena 50 Tahun Dewan Negeri Selangor di Hotel Concorde adalah suatu yang mengujakan. Girang di hati bila sekali lagi dapat berkolabrasi dan berkerjasama dengan rakan2 dari SUK. Apa yang penting pada malam semalam ialah Titah DYMM Sultan Selangor agar semua YB menjaga kemulian Dewan dan status sebagai Ahli-Ahli Yang Berhormat... yang paling penting jangan menimbulkan sesuatu perkara yang boleh mengundang keadaan yang tidak harmoni! Sama-sama menjaga kedamaian yang kita ada!!!

Say gud bye - Band Idola 09! see u in 2010?

Image
Setelah 4 bulan, Band Idola bersiaran di LBSA, akhirnya kemuncak pertandingan berlansung dengan jayanya semalam dan sekaligus menutup tirai program Band Idola bagi 2009. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang menjayakan Pertandingan Akhir Band Idola o9. Tahniah pada RIMBA BARA coz jd juara! Band2 yg len pun congratz.. suma hebat lol! Penghargaan istemewa buat warga kerja Bahagian Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan, Jabatan Korporat MBSA, buat Cupa, Hana, Abg Mi, & Kak Mas dll tqvm! Owhh.. tqvm gak untuk Erry Putra, Sharpshooter dan SAM.. peace, luv & harmony dowhhhh.... Owhhh.... jgn lupa rajin2 tgok gak http://www.lamanbudaya.blogspot.com/

FINAL BAND IDOLA 2009

Image

Selamat Hari Bapa

Petang di Shah Alam hujan, gemersik angin petang dan sekali-sekala berselang guruh di langit. Lama benar tidak merasa hujan lantaran kontang berpanjangan. Kepada semua insan yang bergelar bapa, saya dedikasikan “Selamat Hari Bapa”. Aduhai anak, hargailah bapa kita selagi waktu bapa kita bernafas. Gemersik rindu pada ayahnda. Rindu… rindu.. rindu… ada gementar menghukum kalbu. Semoga Allah (S.W.T) menempatkan Allayarham Ismail bin Abdullah (ayahnda tercinta) di kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Al-Fatihah.

Perempuan Berkalung Sorban

Image
Menoton karya besar dari Indonesia ini mengingatkan saya dengan Ayat-Ayat Cinta yang pernah mencetus revolusi hebatnya cinta lewat waktu lalu. Perempuan Berkalung Sorban sebuah naskah yang sangat baik. Ia tentang kisah pengorbanan seorang perempuan, seorang anak kyai Salafiah sekaligus seorang ibu dan isteri. Anissa (Revalina S Temat), seorang perempuan dengan pendirian kuat, menawan dan bijak. Anissa hidup dalam lingkungan keluarga kyai di pesantren Salafiah putri Al Huda, Jawa Timur yang konservatif dan ada diantara mereka sangat jumud. Didikan yang terlalu tegas dan konservatif mengundang tanggapan Anissa bahawa Islam hanya membela lelaki, perempuan sangat lemah dan tidak seimbang. Dari kecil Anissa mula bangkit dan menyatakan protes, namun protes Anissa selalu dianggap rengekan anak kecil dan menjadi luahan rasa yang tidak bermaya. Hanya Khudori (Oka Antara), paman dari pihak Ibu, yang selalu menemani Anissa. Dalam diam Anissa menaruh hati kepada Khudori. Namun cinta itu tidak terb

Adik & Kakak

Image
Lama tidak bersua, winduu pada dorang terubat gak petang semalam! Kakak & Adik sudi memenuhi undangan untuk menyanyi di LBSA. He..he tq dear. Saya kenalkan my gud fwen (my lovable twin), Lilis Syafuza (adik) & Lilis Syafiza (kakak). Biar menderu angin kering petang semalam, semoga yang terbaik selalu menjadi milik kita semua!!!

Jangan bersedih...

Bila saya memandangnya segalanya dari Khalik yang maha esa, yang menciptakan segalanya, DIA juga yang menimpakan ujian terhadap hambaNya, yang menjadikan sebab derita hati kecil ini, yang menjadikan keinginan kita terhalang serta menjadikan jiwa gundah gulana, saya penuh percaya.. pasti tenanglah hati kecil ini. Kerana masakan DIA mentakdirkan segala sesuatu itu untuk sia-sia? Bukannya DIA tidak tahu betapa resah hati kecil itu, derita hamba-hambaNya, kerana mungkin inilah yang DIA mahu kerana ada hikmah yang tersembunyi untuk hamba-hambaNya yang sememangnya hanya DIA yang maha mengetahui. Lewat seminggu ini, saya rasa begitu teruk dengan banyak perkara yang terjadi. Emosi rasa berbaur ditambah dengan resah dan gundah yang menghimpit jasmani dan rohani. Mengambil keputusan untuk berehat selama 2 hari adalah langkah bijak pada hemat saya. Walaupun terpaksa berpura-pura seolah-olah tidak ada apa-apa yang terjadi, namun jiwa kecil tidak boleh menipu. Umpama babak drama, satu persatu perka

Chupa & Cup Cakes

Image
Jumaat, 29 Mei yang lalu... atas kewajipan kerja, saya berada di Laman Budaya Shah Alam untuk menyatakan sokongan terhadap AKAR . Kata Shai yang mengetuai AKAR, mereka tetap gigih dalam memperjuangkan kebudayaan dan kesenian dengan olahan sendiri. Bersama dengan teman sekerja, Puspa atau saya lebih suka memanggilnya Chupa, kami bekerja sambil menikmati uniknya seni yang dibawa AKAR. Urmm... juga kami sempat menjamah Cup Cakes! Memadailah sorang satu.. Owhhh not bad laaa... TQ Chupa sebab sama2 turun padang, u can claim OT but i am working juz FOC! huh very bad.. huhu OPTIMIS!

To be a true friend?

"I count myself in nothing else so happy As in a soul rememb'ring my good friends." - William Shakespeare Friends, according to the Collin's dictionary I've just referred to, are people well known to us and regarded with affection and loyalty. To be a true friend is what we all want to be and also want to have at least one for ourself, with that in mind, we really need to realize what it means and what a true friend really is. Everyone is not the same, we are all different, but want the same thing when it comes to true fiends. These are just a few of my thoughts. 1.Your friend went through something bad and is having a hard time with it, your friend (not really meaning to) does or says something mean to you, but you understand and stay by his/her side. 2.Your friend wonders why you are still by his/her side after he/she did or said something to you that wasn't very nice, well the answer is because you are truly his/her friend and know that he/she didn't me

Monolog...

Masa itu terus berlalu, umur itu sekadar angka ! tidak perlu ada sindrom penafian tentang aku masih muda ? yang paling penting jiwa kena bertenaga dan gembira. Terima kasih kepada siapa yang sudi mengambil berat. Kepada yang suka tentang tingkahku, terima kasih jua. Aku tidak sesekali ingin menabur janji untuk mematerai sesuatu. Tidak sesekali ! Monolog dengan diri, masih terlalu banyak impian yang belum digapai. Aku bersyukur seadanya. Terima seadanya. Tidak semua menjadi milik kita. Walaupun hati kecil itu ingin sekali memilikinya, tetapi takdir itu mengatakan bahawa ia bukan untuk kita. Usah kecewa, kerana kecewa itu menjadi punca derita jiwa. Rentaslah hidup itu dengan bermakna. Jangan kecewa !

Selamat Hari Cikgu....

Kepada semua cikgu-cikgu nun di luar sana... saya dedikasikan khas untuk untuk cikgu-cikgu, panggilan yang cukup sinonim untuk warga pendidik dengan lafaz yang ikhlas "Selamat Hari Guru". Istimewa buat Jaja dan Cik Su, kekanda tercinta yang terlibat secara lansung dalam dunia pendidikan. Buat teman2, yang begitu ramai memilih profesion perguruan sebagai kerjaya dan buat Nik Yeman, TSNTA, Koha, Rahimi, semoga kalian terus berbakti untuk mendidik anak bangsa!

Utusan Raja Sehari... Ouch!

Image
Di Majlis Perkahwinan Azuan Bersua di ruang sempit ini tapi cukup memadai. Bulan Mei dan Jun adalah bulan utusan raja sehari. Saya menerima 8 jemputan bagi majlis bulan Mei&Jun. Sukar untuk saya memenuhi semua undangan lantaran jarak dan kerterbatasan waktu yang menuntut komitmen kerja. Buat kawan-kawan yang bakal melansungkan perkahwinan, Azuan, Dien, Haray, Azmi, Remy dan lain-lain tahniah saya ucapkan! Terima kasih kerana sudi menjemput. Sekiranya saya gagal memenuhi undangan kalian, di kesempatan ini saya memohon maaf. Jauh disudut hati seboleh-bolehnya saya cuba untuk menghadiri hari bersejarah kalian.

Kontroversi (PPSMI)

Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima impak besar sekali lagi apabila kesemua lima sasterawan negara yang masih hidup menolaknya secara tuntas. Buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan, mereka melontarkan justifikasi yang kukuh menolak dasar tersebut dalam satu kenyataan bersama yang diedarkan pada sidang media di Rumah PENA. Alasan-alasan itu, antaranya: 1.Kebanyakan pemenang Anugerah Nobel tidak datang dari negara pengguna bahasa Inggeris tetapi negara-negara seperti Perancis, Jerman, Jepun, Sepanyol Switzerland, India dan Bangladesh. 2.Kegagalan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang menyebabkan pemimpin hari ini dirakam dalam sejarah sebagai "pemusnah bahasa Melayu yang telah lama menjadi lingua franca". 3.Penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang terpilih dengan sendirinya menciptakan dua jenis kewarganegaraan. Pertama, warganegara yang menguasai bahasa Inggeris dan s

Huh.. luv 1 Mei

Image
About 1 Mei Happy Labour Day My bez fren bithrday, Azril (Happy birthday to u my buddy) YM with my bez fren Hamdan whose study in Scotland ( i will be there next year) Tomok won 1 Million (congratz bro) Coincident meet up with my bez fren Ristoe and Eza ( i m really miss both of u) Tuah 1 Mei untuk rakyat Malaysia, Melayu yang bernama Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok apabila memenangi pertandingan One in Million musim ke 3. Memecah monopoli perempuan, Tomok sememangynya layak diangkat sebagai juara plihan rakyat Malaysia! Saya turut teruja dan meluangkan masa ke konsert akhir tesebut. Ditemani rakan-rakan, ZK, Kuars, Zulfian Isma Mirza dan Sharir, we r seated in family contestant area, it is very nice view! Saya terpaksa katakan YES untuk Tomok sebab hampir kesemua penonton di Stadium Malawati terhibur dengan persembahan mantap oleh beliau. Bukan bermakna Eshter dan Aweera tidak bagus. Mungkin 1 Mei adalah milik Tomok! Justeru, kita tidak boleh memandang enteng ak

MAHSURI...

Image
Semalam, penghujung April saya berkesempatan memenuhi undangan dari pihak Istana Budaya untuk menonton Teater Mahsuri. Kali terakhir saya menonton di Istana Budaya ialah pementasan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang. Diruang sempit ini saya dedikasikan rasa terima kasih kepada Istana Budaya. Jangkaan saya tepat, keadaan trafik sangat teruk. Dari Shah Alam ke Istana Budaya mengambil masa lebih kurang 2 Jam. Ditemani rakan baik saya Azzahria, kami berjaya menempuhi kesesakan trafik Malaysia dengan tenang. Nasib kami baik,pementasan akan bermula 15 minit lagi. (Sekitar Pementasan Mahsuri) Bermula dengan babak awal yang baik, gubahan lagu yang sedap didengar halwa telinga, Mahsuri arahan dramatis tanah air, Fauziah Nawi berjalan menyelusuri plot tanpa membosankan. Watak antagonis juga sangat terkesan dan berjaya dihayati dengan baik. Pementasan yang disulami dengan gerak tari yang indah mempunyai ekstetika yang tersendiri. Saya tertarik dengan reka bentuk set dalam pementasan ini. Dibantu