Saturday, February 7, 2009

Laman Budaya Shah Alam membawakan anda "Wasilah Cinta Palestin"

Wasilah Cinta Palestin diadakan sebagai manifestasi mengutuk tindakan kejam rejim zionis membunuh rakyat Palestin. Sokongan berterusan dan pengharapan kepada rakyat Palestin diluahkan melalui seni persembahan yang dinamakan “Wasilah Cinta Palestin”.

Program persembahan itu akan menggabungkan persembahan muzik, nyanyian, tarian, puisi dan gerak tari. Program yang dianjurkan oleh Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Korporat MBSA tersebut akan diadakan di Laman Budaya pada 22 Februari ini, mulai pukul 5 petang. Ia diadakan secara percuma.