Posts

Showing posts from July, 2012

Owwh Julai!

Image
Selamat datang Julai.. hal Mei dan Jun yang meresahkan saya cuba tinggal jauh-jauh. Lewat 1 Julai yang lalu, saya bersama rakan2 seperjuangan  semasa di UiTM ke Manjung Perak. Kami menghadiri majlis perkahwinan seorang teman lama iaitu Inspektor Hasryman. Lama sungguh x bersua! Hampir 5 tahun lebih! Shafiq aka Tedi, Afiq Luqman, Safwan, Walid, Reimy dan Nazrul yang turut hadir. Banyak perkara yang dibualkan.. dalam suasana yang matang dan penuh hemah, masih berselang seli gelak tawa. Is a such nice gathering! Alhamdulillah kami manfaatkan pertemuan pada hari itu dengan sebaik mungkin. Sebenarnya, saya mengharapkan Julai ini dilalui dengan baik-baik sahaja. Walaupun minggu pertama Julai turut dilalui dengan tekanan yang agak hebat. Saya tetap kuat menempuhnya. Bertabahlah wahai hati! Sungguh lega apabila saya berjaya melunaskan program yang agak besar tahun ni iaitu Pertandingan Koir Selangor Shines Edisi Kebangsaan pada  7 Julai yang lalu.. syukur Ya Allah! Menghadiri konsert