Terima kasih teman...
Petang 8/9/09 yang lepas, sewaktu saya baru sahaja berbuka puasa, saya menerima SMS dari sahabat lama. Sahabat saya adalah manusia sangat bertuah dalam hidupnya. Menjadi seorang jutawan dalam usia yang muda dan hampir mengelilingi seluruh dunia. Tuhan telah memilihnya untuk menjadi manusia yang kaya tetapi tidak pernah lupa diri. Itu bahagian hidupnya. Saya terkejut, apabila kandungan SMS tersebut tertulis, Fahmee, "saya sekarang berada di hadapan Kaabah, kalau nak mintak tolong doakan apa-apa, cakaplah". Sungguh terharu kerana teman lama masih mengingati saya apatah lagi sudi untuk berdoa untuk kesejahteraan kawanya. Saya bersyukur pada Allah.