Cerita Nasi Kerabu...
Nasi kerabu, sangat unik, ia digemari ramai, sedap di makan, makanan yang popular di Negeri Kelantan, Negeri Serambi Mekah. Nasi kerabu kadang-kadang nasinya warna biru, putih dan kuning. Ia dihidang bersama dengan ulam-ulaman, kelapa parut, budu adalah wajib, air lada dan kuah tumis. Kecur air liur… nak sedap??? kita letak telur asin, kepok keping, bawang jeruk, daging bakar, solok lada dan ikan celup tepung.. owhhh memang terangkat!!!! Itu cerita nasib kerabu.. saya sekadar memberi analogi tentang nasi kerabu dan rakyat Malaysia. Ini hanyalah sekadar pandangan peribadi yang tidak berpihak kepada mana-mana. Ohhh Malaysiaku, tanah tumpah darahku, negaraku yang aman,hakikatnya 60% daripada penduduknya adalah Melayu yang bertunjangkan Islam sebagai agama rasminya. Pelbagai kaum mewarnai bumi Malaysia, Cina, India dan lain-lain. Bumi Malaysia tidak pernah menghalang atau menyekat mengenai hak-hak yang lain, malah memberi peluang yang cukup meluas. Betapa cukup baik Malaysia dan penduduk a...