Posts

Showing posts from December 21, 2012

Selamat tinggal MERLIN

Image
Saya sungguh menyukai drama MERLIN! Drama fantasi ini sangat kena dengan jiwa saya. Dari musim pertama sehingga ke musim yang terakhir iaitu ke 5, bermakna 5 tahun juga saya begitu setia dengan MERLIN. Literalnya, ia dalah sebuah drama berorientasikan sifat kemanusian dan persahabatan. MERLIN membariskan bintang-bintang seperti Colin Morgan sebagai Merlin, Bradley James sebagai Prince Arthur, Anthony Head sebagai Raja Uther, Richard Wilson sebagai Gaius, Katie McGrath sebagai Morgana dan Angel Coulby sebagai Gwen. Pada hemat saya,  Merlin adalah satu imaginatif yang diadaptasi dari naskah legenda yang megujakan. Kita akan mengenali beberapa watak yang berbeza melalui drama ini. Apa-apa pun, akar kepada drama ini ialah Merlin itu sendiri.  Dia ialah pemuda yang mempunyai kuasa magis yang hebat. Namun ia harus menjadi rahsia agung. Prince Arthur pula dikenali dengan sikapnya yang bodoh sombong, egoistik dan keras kepala tetapi di sebalik sikap buruknya itu, dia juga mempuy

Antara aku dan kek!

Image
  Entri kali ini ialah pasal kek! Cuma aku nak katakan yang aku amat suka kek... biarlah orang nak kata apa pun.. aku tak heran sebab yang belinya menggunakan duit aku dan yang makanya adalah diri aku. Hehe! Keterujaan pada kek menyebabkan aku jadi berisi secara tiba-tiba. Berpenat lelah di pusat gymnasium Celebrity Fitness juga adalah sia-sia. Akhirnya aku memilih untuk menamatkan kontrak di CF Subang Prade. Kek menjadikan aku bahagia dan melupakan masalah buat seketika, Menikmati rasa sedap dan manisnya menyebabkan aku begitu gembira. Apatah lagi kalau kek itu pelik ia akan menambahkan rasa teruja. Kek yang cantik tidak semestinya sedap yea! Hye si manis O la Br ata , dirimu amat mengujakan!