Indahnya Jumaat 25 Jun...

Saya amat menyukai Jumaat! kalau di tempat kelahiran sendiri Jumaat adalah hari cuti. Jumaat adalah waktu yang singkat. Lewat 25 jun, pagi Jumaat saya dan Puspa ke Masjid Biru Shah Alam bagi menjayakan program Selangor Fam Trip 2010. Kami tidak dapat menyertai keseluruhan program yang berlangsung pada 25-29 Jun dek banyak kerja dan mesyuarat yang perlu dilunaskan. Untuk itu, saya dan Puspa hanya menjadi LO prgram yang berlangsung di Bandaraya Shah Alam sahaja.

Perjalanan pagi diteruskan ke Denai Alam iaitu kawasan produk pelancongan baru. Ternyata ada ketenangan di situ. Angin sepoi bahasa dan persekitaran sedap mata memandang. Saya sempat bersarapan dengan Pengrus DARC, Mr Teo dan PR person Zharif (insan istimewa yang kaliber). Habis kemeja saya kotor kerana didera oleh "Red Indian" yang ada disitu. Terpercik peluh kerana "Red Indian" memang berniat mendera saya di depan umum... dan buat pertama kali juga dalam hidup, saya menunggang kuda. Sungguh teruja!! Perjalanan Jumaat diteruskan ke SACC.

Lewat petang itu saya ke I-City bagi program di SSIC dan welcoming dinner. Sudah lama tidak berjumpa dengan CEO SSIC, Y.Bhg Dato Jabar Ahmad Kembali. Pada kesempatan masa yang terhad saya dapat berbicara dengan Dato Jabar sambil menikmati refreshment. Wahh, Dato menyorot cerita 7 tahun lepas (2003) semasa saya menuntut dalam Diploma Pengurusan Seni. Kata Dato Jabar.. "dia kagum dengan kesungguhan dan pembentangan kertas kerja saya untuk dapatkan penajaan SSIC bagi menjayakan projek akhir Diploma Showcase. Secara peribadi, saya amat kagum dengan Dato Jabar, malah anak beliau yag baru berusia 22 tahun pun akan menamatkan pengajian dalam PHD.

Agenda malam diteruskan dengan welcoming dinner di park I-City. Terima kasih Kuzie Katering (Pak Engku) kerana menaja makan malam tersebut. Selain hidangan yang menyelerakan, tetamu juga dihidangkan dengan persembahan oleh Kuzie Melodi yang dihoskan oleh Jaafar Onn. Perut sudah kenyang, lampu-lampu berkilauan di bandar I-City, uhhh bola time.... tata semua!!

Comments

Popular posts from this blog

Hoore Hoore sebuah filem muzikal yang bagus!!

Datuk Seri Siti Nurhaliza yang "awesome"

Santai di Konsert Jason Mraz