Buat Adam Dari Hawa
Adam Maafkan aku jika coretan ini Memanaskan hatimu sesungguhnya aku Adalah Hawa temanmu yang kau pinta semasa Kesunyian di syurga dahulu, aku asalnya dari Tulang rusukmu yang bengkok jadi tidak hairanlah Jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan Bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari Landasan kerana aku buruan syaitan. Adam, Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku Lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman. Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaum mu mengatasai kaumku, Nescaya merahlah dunia kerana darah manusia. Kacau-bilaulah suasana. Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu Tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu. Adam Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi aku r...