Posts

Showing posts from August, 2008

Doa untuk arwah Shafiq... Al-Fatihah

Semalam ketika Shah Alam masih gerimis, khabar duka dibawa oleh Afiq Luqman... bicara Afiq dalam nada perlahan, teman seperjuangan lewat di Kolej Kediaman Meranti UiTM dulu telah pulang kepada pemilikNya. Shafiq Ali Nopiah anak kelahiran Negeri 9, meninggal akibat kecelakaan jalan raya di Sabah. Teringat cerita lama, di Kolej Meranti, UiTM... Shafiq dikenali sebagai "geng 4".. saya pernah tersentak Shafiq yang pendiam rupa2 nya penentang saya dalam dunia politik kampus.. Bertindak sebagai perisik Razi Jafar (kini anggota polis) dan Shahrizal Isa (manusia yang payah menerima maaf) saya terima sebagai persaingan yang sangat positif... demi untuk Meranti dan UiTM... saya kekal menjadi Yang Dipertua.. sebab ramai yang tahu kita memang ikhlas untuk berbakti... Shafiq seorang kenalan yang baik, suka membantu dan juga bagus dalam akademik. Semoga Shafiq tenang di sana..... semoga Khalik yang Esa tempatkan Shafiq dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah....

Congratz Mr Mdan&Ac

Image
Melewati Bandar Tasik Puteri, Rawang bagi memenuhi undangan perkahwinan rakan baik, Hamdan Ismail dan Asilah. Cepat benar masa berlalu.. sangat singkat. Hey bro!!! congratz bro! Mdan yang Fahmee kenali adalah seorang yg sangat nekad dalam hidup… after he quit his studies from UiTM, Mdan further at UNIKL, Lumut Perak..now he futher his Degree+Master in Scotland… balik nanti jadi lec kat UNIKL.. Masa kat UiTM memang banyak sangat dugaan.. dia nekad dengan keputusan untuk berundur dari bumi UiTM.. bekas pemain hoki Universiti ini juga berkali-kali menghadapi saat getir dalam hidup dan percintaannya dengan AC (nama manja untuk Asilah)… teringat saat2 bila Fahmee menjadi pengangkat telefon Mdan… yup, every 10 minit Ac akan call.. huh poning dibuatnya.. Ac, tq sebab kirimkan choclate pada Mdan untuk Fahmee. Saya tahu, Mdan pernah rasa kecewa, bila Fahmee tidak mampu untuk menolongnya dalam beberapa hal.. saya mintak maaf!!! saya berpegang kepada kata-kata Mdan lewat waktu dulu..”Mee, ko saha

Huh.. EnjoY MY SeLf..

Image
Lama benar x rehatkan minda... sekali sekali main bowling, layan life band n karaoke bez gak.... harap2 ada rezki dapat gi bercuti jauh sket...

Pusing2 Cari Makan...

Image
Ramai yg cakap aku put in weight.. tembam.. huk2, ada gak yg suruh aku diet.. tapi lately ni aku suka makan... xde orag teman pun, makan sorang2 pun jadi.......... cool

A Charity Dinner Show 2008

Image
Terima kasih kerana mengundang saya ke majlis show amal yang bertempat di Holiday Villa. Rasa tehibur dengan persembahan Adibah Nor, ternyata Adibah pandai memainkan peranan sebagai emcee dan penyanyi pada malam itu! Kehangatan majlis bertambah apabila giliran Anuar Zain mengambil tempat.. ternyata alunan vokal Anuar sangat mantap! Apa2 pun saya rasa terhibur pada malam itu...

WORLDWIDE SELANGOR MASTERS 2008

Image
I would like to congratulate the Selangor State Government for the initiative in organising the Worldwide Selangor Masters and Pro-Am from August 6 to 10,2008 at Seri Selangor Golf Club. T OURNAMENT INFORMATION: PRIZE MONEY : RM 1 Million (Approx USD 310,000) SANCTIONING BODIES : ASIAN TOUR TOURNAMNET DIRECTOR : David Parkin

Jom makan buah bersama Y.A.B Dato' Menteri Besar

Bertempat di dataran Dewan Undangan Negeri, Pejabat SUK Negeri Selangor telah berlangsung pesta jom makan buah-buahan tempatan bersama Y.A.B Dato Menteri Besar Selangor. Turut serta ialah Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ahli (MMKN), S.S Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor, dif-dif jemputan, delegasi dari Africa, dan hampir 1000 lebih warga kerja di Bangunan SUK. Walaupun hujan mula renyai, dek aroma durian, kelazatan manggis, rambutan dan langsat warga kerja tetap bersemangat menikmati buah-buahan tempatan. Huh, saya sendiri kekenyangan dengan buah-buahan tersebut. Memang sedap!!! Apa-apapun saya ucapkan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan pesta buah-buahan tadi. Saya beranggapan, ini merupakan satu langkah positif yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mengeratkan hubungan Pentabiran Kerajaan Negeri bersama warga kerja. Tahniah!!!

iKhLaSkah CiNtA???

Kesian ZK, dia memang pasrah bila orang yg tersayang berubah hati. Luahan ZK dalam SMS menggambarkan dia rasa kecewa! Cinta yang bermula di Sek Men Sains Muar mula2 kecundang... tapi beberapa bulan yg lalu cinta itu berputik semula. Terelaraikah rindu dendam bila bertahun-tahun tidak berjumpa?? Bicara ZK, seorang usahawan muda... hatinya girang bila si dia muncul kembali... warna2 hidup umpama pelangi indah. Semangat ZK memang tinggi, nekad dalam perniagaan dan sedaya meraih cinta! dulu dia pernah dikecewa.. katanya hati sakit bukan kepalang... saya kurang mengerti, dalam sesingkat ini ZK telah byk berkorban untuk membina cintanya.. perhatian+masa+wang ringgit+kasih sayang sedaya dicurahkan.... apa lagi yang si dia mahu??? dalam sesingkat ini juga si dia berubah bila ada orang ke 3.. ikhlaskah cinta??? Buat ZK, saya percaya anda seorang yang tabah dan bercita2 tinggi.. tak usah bersedih, jgn biarkan hati2 kecil kita lara... perjalanan mesti diteruskan!

Syukur pada KHALIK

Alhamdulillah, syukur pada KHALIK yang Maha Esa kerana DIA tidak pernah menyalahi janji. DIA Maha mendengar! Rasa hepi sgt2 bila "si pencuri" itu telah memulangkan kembali jaket kesayangan saya. Selepas saya bersemuka dengan "si pencuri" itu, dia mengaku dan meminta maaf akhirnya! saya bukanlah pendendam dan hati juga lega bila dapat memaafkan orang. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan akan lebih mengahargai apa jua yang saya ada!