Jalan2 di Melaka...

Jumaat yang indah.. Jumaat dilalui dengan menikmati pemandangan di kota bersejarah, Melaka bersama dengan para media. Menikmati ikan bakar, ikan 3 rasa, sotong goreng tepung, udang, ketam, lala dan macam-macam lagi lauk pauk amat menyelerakan. Kerana Umbai, saya ketepikan untuk seketika nasihat Doktor Pakar. Tidak keterlaluan kalau saya katakan Umbai, adalah dertinasi yang harus dikunjungi jika singgah di Melaka.

Saya dan kawan-kawan meneruskan perjalanan ke Bandar Hilir bila malam mula menyinggah. Buat pertama kali saya menikmati suasana malam yang sungguh mengujakan di atas boat sambil mengelilingi bandar pelancongan Melaka. Terasa menyelusuri kota Venice walaupun diri tidak pernah pun menyinggah ke sana.

Sambil menikmati muzik malam, saya sempat menikmati aiskrim Nestle sebagai desert malam sebelum pulang ke Shah Alam. Walaupun badan terasa penat, tetapi ia sungguh menyeronokkan.. minda juga terasa lapang seketika.

Comments

Popular posts from this blog

Hoore Hoore sebuah filem muzikal yang bagus!!

Datuk Seri Siti Nurhaliza yang "awesome"

Santai di Konsert Jason Mraz