Posts

Showing posts from July 28, 2010

Dari Jendela Surabaya....

Saya memanjatkan syukur pada yang Esa kerana program Lintas Budaya di Surabaya telah lunas dengan penuh bermakna. Delagasi Shah Alam seramai 22 orang telah selamat pulang ke Shah Alam pada 25 Julai 2010. Lewat berada di sana kumpulan kami telah membuat dua kali persembahan iaitu di BG Junction Mall bermula jam 4.00 petang waktu Surabaya 23 Julai 2010 dan persembahan kedua bermula jam 8.00 malam waktu Surabaya 24 Julai 2010 di Taman Surya, Balai Kota Surabaya. Sepanjang di sana, saya sangat teruja kerana dapat mengenali Kota Surabaya secara dekat. Kota yang sangat bingit dan penduduknya yang padat membuat saya sedikit kekok namun saya adalah jenis orang yang cepat menyesuaikan diri. Kami menginap di Hotel Singgasana yang terletak di luar Kota Surabaya. Pilihan yang sangat baik, nyaman dan sangat selesa. Saya amat cerewet mengenai makanan, teman-teman saya maklum mengenai perihal itu. Di Surabaya saya nampaknya “melantak” apa yang ada tanpa banyak soal. Uhh sedap banget foods dia.. pa...