Posts

Showing posts from July 7, 2008

FITNAH – Siapa yang rugi dan siapa pula yang bertepuk tangan???

Malaysia hari ini diselimuti dengan PERBUATAN fitnah-memfitnah! Ia kejap dan seolah-olah menjadi makanan ruji oleh insan-insan durjana yang hati mereka begitu busuk. Andai dicincang tubuh manusia-manusia itu, anjing kurap pun tidak selera dengan daging hamis dan kotor itu! Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Akan muncul suatu ketika yang mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasanya sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah." (Hadis riwayat Muslim). Sesungguhnya fitnah adalah perbuatan tercela dan dilarang keras. Firman Allah bermaksud: "Fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan." (Surah al-Baqarah, ayat 191). "Lantaran terlalu banyak perkara palsu serta pembohongan dalam fitnah itu, pembuat fitnah biasanya “menyembunyikan” dirinya supaya tidak diketahui orang kerana ia tidak mahu bertanggungjawab dan menyedari perbuatannya itu adalah palsu belaka. Pembuat fitnah tidak berjaya jika tidak dibantu oleh orang yang menyebarkannya. Sebab i

Piala Sultan Selangor kembali ke “Merah Kuning”

Malam tadi merupakan kali ke 2 saya bertugas untuk menguruskan hal ehwal protokol dan majlis di Kejohonan Piala Sultan Selangor. Lebih manis apabila tahun ini SELANGOR menjuarai Piala Sultan Selangor 2008 selepas menewaskan Pilihan Singapura 4-3 menerusi sepakan penalti, apa yang penting Selangor berjaya mengekang pelawat daripada mencipta hatrik kejuaraan di Stadium Shah Alam malam tadi. Selangor memastikan kejuaraan apabila penjaga gol, Suffian Abdul Rahman menyelamatkan sepakan penalti Shahril Ishak untuk membolehkan Selangor menang 4-3. Terdahulu dalam perlawanan pembuka tirai, Veteran Singapura menewaskan Veteran Selangor 8-7 menerusi sepakan penalti selepas kedudukan terikat 2-2. Syabas untuk ‘Merah Kuning’!