FFM 23

Terima kasih kerana mengundang saya ke Malam Anugerah FFM23. Bertemakan Filem Malaysia Ke Persada Dunia, ia membangkitkan semangat transformasi dalam industri perfilemen. Bertempat di Shah Alam Convection Centre (SACC) Shah Alam, Selangor, FFM 23 tampak meriah dan tersusun. Majlis yang dihadiri oleh tetamu kehormat Y.B Datuk Seri Utama Rais Yatim dan Isteri turut megikut lunas protokol tetapi lebih santai. Ia turut disiarkan secara langsung oleh TV1 dan Astro.

Saya tersenyum sendirian kerana jika 7 tahun yang lepas, lewat di FSP, saya dan kawan-kawan tidak pernah ketinggalan untuk "menempatkan" diri ke malam-malam sebegini, teringat di FFM sebelum ini, AJL, Anugerah Skrin, Bintang Popular dan macam-macam lagi. Mungkin zaman remaja yang kurang matang, kami terlalu "excited" dengan seleberiti.. haha... tapi semua pengalaman itu sangat manis dan bez....

Di FFM 23, saya turut berbangga kerana ramai kawan-kawan lewat pengajian di FSP dan MASSCOM UiTM turut berada di sana, ramai di antara mereka menjadi pengamal media dan ada juga yang terjun ke industri. Semoga semuanya terus melakar kejayaan.
Malam FFM 23 berlangsung sederhana tetapi meriah, gandingan SS dan Zizan satu percubaan yang baik. Saya merasakan gandingan Hezry kurang kena pada malam tersebut.

Tahniah untuk MAGIKA dan buat semua pemenang. Saya tertarik dengan ucapan pengarah muda Shamsul Datuk Yusof Haslam kerana menzahirkan ucapan ringkas tetapi bermakna. Saya juga tidak sabar untuk menanti filem-filem yang menarik yang bakal menyusul di pawagam seperti Estet, Crayon, 2 Alam, Ngankong, Aku Tak Bodoh, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Aku Masih Dara, Janin dan Damping Malam. Semuanya akan mengisi kalendar pawagam tanah air sehingga hujung tahun ini. Jom ramai2 kita tengok!!!

Comments

Popular posts from this blog

Hoore Hoore sebuah filem muzikal yang bagus!!

Datuk Seri Siti Nurhaliza yang "awesome"

Santai di Konsert Jason Mraz