Wednesday, November 9, 2011

Tentang Sahabat...

Saya menyayangi sahabat saya dengan seluruh jiwa. Menyemai rasa amanah kepada akrab saya dengan penuh tanggungjawab. Menyanyangi tidak semestinya memiliki. Memadai dengan seluruh jiwa yang ikhlas tanpa berharap apa-apa. Maka benarlah kata pujangga, "Persahabatan adalah cinta yang tidak bersayap".

Lumrah manusia, ingin disayangi dan menyayangi. Walau betapa kerdilnya perasaan, tetapi kita harus memliki jiwa yang besar. Dunia ini adalah sempurna yang dipinjamkan KHALIK kepada kita. Nikmatilah ia semampu boleh, secara sederhana dan hemah. Benda yang dipinjamkan boleh ditarik dan diambil balik oleh empunya KUASA bila-bila masa. Seorang ibu adalah kurnia agung dari Allah, maka dilengkapkan kurniaan itu dengan bapa, adik-beradik dan saudara. Kita semua adalah bersaudara..

Sesungguhnya sahabat wujud dari sebuah pertemuan, dengan 10 pertanyaan, 100 keyakinan dan 1000 kali pengorbanan serta berjuta kali perjuangan dengan sebuah keikhlasan atas nama Allah. Andai seorang sahabat membuat kebaikkan, ukirlah di atas batu agar ia tersemat di hati dan kekal sebagai memori terindah. Dan seandainya seorang sahabat membuat kesalahan, tulislah dia di atas pasir agar dia hilang di tiup angin kemaafan.

Di sini saya ingin berkongsi beberapa hadith tentang sahabat.

Telah bersabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari & Muslim: Maksudnya perumpamaan teman yang baik dan teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium daripadanya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk.

Telah bersabdanya Rasulullah SAW sebagaimana yg diriwayatkan oleh Al-Tirmizi yang bermaksud, seseorang itu akan terpengaruh dengan temannya. Maka hendaklah seseorang kamu itu memilih siapa yang harus dijadikan teman.

Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan.

Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?”
Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”.

Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?”“Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT.”

Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).

Wednesday, November 2, 2011

Gonjeng!!!









Buat pertama kali dalam hidup saya membotakkan kepala. Terasa lega apabila melunaskan janji pada niat yang pernah dilafazkan. Saya bangga...saya rasa bersyukur jua! Semoga yang baik-baik saya jalan hidup untuk kita semua.Petang tu, saya yang gonjeng ini ke The Curve untuk meneruskan misi cari makan di tempat yang saya LIKE!!! Hahah MARCHE... total lunch cum dinner RM166.30... worth it! Dalam hidup, kadang-kadang kita harus menikmati perkara kecil... yang selalunya memberi nilai yang besar pada diri....

Santai di "Muzika Shah Alam"