Posts

Showing posts from December, 2008

Welcome 2009!!!

Goodbye 2008 and welcome 2009! Just start the New Year fresh and focused! How can we slow down when the world is moving so fast??? Wishing all friends a happy and prosperous new year… I am sure everyone has resolutions for 2009… erm what do you want your life and business to look like? Who do you need to be to make it happen? Huh! Transform +Action + Implement!!! My new resolutions are to be a better person (huk2) ….. However, I also have Professional, Personal and Industry resolutions. My wish for 2009: PROFESSIONAL: In 2009, my professional goal is being a good officer. I also plan to further Master in Corporate Communications or Public Relations studies. Anyway, I hope to achieve all aspects of success in a lot of different areas and remain being PR practitioner. PERSONAL:Remain happy, healthy and employed! More travel and spice up my life without cross the line. I'm looking forward to the New Year. I'm not looking back any more. To remember, especially in this difficult eco

Dari Jendela 2008

Waktu yang berlalu itu meninggalkan kita, samada kita menggunakannya dengan penuh hemah atau tidak, samada kita suka atau tidak ia tetap berlalu! Sepanjang 2008, saya tempuhi dengan penuh cabaran. Tentang diri, kerjaya, masa depan, keluarga dan persahabatan menjadi satu sinergi! Syukur pada KHALIK kerana memberi peluang untuk berkhidmat dengan Pembesar Negara, Ahli-Ahli Politik dan Korporat, saya menggunakan peluang yang hampir 2 tahun itu dengan sebaik-baiknya, betapa mahal pengalaman itu!!! Walaupun sayang dan tebalnya rasa cinta dengan kerjaya itu, saya perlu melangkah jauh untuk memperbaiki kualiti hidup, kena mara ke hadapan dan bersiap siaga dengan cabaran-cabaran baru dan saya akan menggunakan peluang yang baru ini dengan penuh hemah dan hikmah. Tidak dinafikan agak payah untuk menyesuaikan diri di tempat baru pada awalnya. Namun saya harus berani melawan rasa kepayahan itu! Hampir 4 bulan berkhidmat di Jabatan Korporat MBSA, saya perlu melestarikan rasa cinta pada kerjay

Huru-hara…. Owhh :(

Life aku memang kelam kabut sket lately ni… byk dugaan datang.. minggu lepas memang sakit, kena demam teruk.. 3 kali jumpa doctor.. demam seram sejuk, Alhamdulillah bukan Denggi.. mungkin stress kot??? Gasrtik pun ada, huh.. ari tu kuar darah kat hidung.. panas dalam.. aku kena kuat, kena rajin makan ubat sebab byk benda aku nk kena buat.. sampai hari ni pun am still in recovery. Kepala otak memang pusing cari umah sewa baru… bukan senang nk cari yg betul2 n find a gud housemate… huh memang gilosss! Hati ni memang hangin kat owner rumah skung.. almost 2 years aku n kekawan bersabar.. tapi kali ni memang aku nekad nk blahhh…. Ujang memang cilaka punya olang.. lu memang manusia jahat dan keji! Idup lu menyusahkan kitolang suma… lebih baik mampus.. (maaf sebab gunakan kata-kata kesat).. Aku struggle dapatkan umah sewa baru n iklankan untuk cari housemate.. buat interview suma…. TQ GOD… semalam settle suma, after dapat umah sewa baru yg selesa n housmate pun ok.. hati lega… harap chapter 2

Band Idol & Juara Karoeke… (20 Dec)

Alhamdulillah.. akhirnya event penutup 2008 bagi Bahagian Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan, Jabatan Korporat MBSA berlansung dengan jayanya! Walaupun pada awalnya terdapat sedikit kekangan namun ia langsung tidak mematahkan semangat! Tahniah kepada semua pemenang!!! Sebagai Pegawai yang mengetuai Bahagian ini, saya perlu bersungguh dan memandang setiap kekangan itu dari sudut positif. Rasa penat berbaloi apabila kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh rakan sekerja sangat membanggakan. Terima kasih tidak terhingga pada warga kerja Jabatan Korporat terutama BKK&P. Tahun 2009 bakal tiba, semoga cabaran-cabaran baru akan ditempuh dengan penuh hemah dan hikmah. Dalam memenuhi obligasi sosial kepada warga Shah Alam, saya dan team BKK&P Jabatan Korporat MBSA akan tampil dengan program2 menarik untuk anda!!!

3H 2 malam (6-8 Dec)

Image
Lama tak pegi bercuti… hari raya AIDILADHA is coming.. tahun ni aku x balik KB, coz I’ve a few things need to do..dah tefon my mum untuk mintak maaf.. Sori to my bro Kuto, Johny n Che Su, my sis Jaja, Jiti & Kak Mah.. i cant spent time wit u all for dis time.. hehe.. Jime will back to KB on Jan 6… Pagi Sabtu, Malaysia dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh yang amat dasyat di Bukit Antarabangsa.. teringat kepad kawan2 yang tinggal kat situ, Alhamdulillah mereka semua selamat.. melewati tragedi Higlands Tower sedikit masa lalu, seolah-olah drama itu berulang. Al-Fatihah kepada mangsa yang terkorban. Selepas Zohor, aku, Aril n Safwan bertolak ke PD.. huuh jalan pun quite jamm. Singgah di Senawang amek Nik.. am trying to call Tedy but his not answer. Lepak2 di PD akan jadi lebih bez kalu ada Tedy… Kitaorang menginap di Le Paris Hotel&Resort, yup..quite pleasant. Tuntasnya, 3H 2 malam memang bez, mandi-manda, skodeng (ha..ha), makan2, BBQ, solat Raya di PD & lepak2+jalan2….. h

Sekitar Istiadat Konvokesyen Safwan

Image
TAHNIAH untuk Safwan sempena Istiadat Konvokesyen UiTM! Tirai November saya labuhkan dengan cerita kejayaan Safwan. Saya bersama Azril dan Nik Ahmad Nizam berkesempatan ke Istiadat Kovokesyen tersebut sebagai tanda sokongan dan jemputan. Sebagai kawan dan mantan YDP JPK UiTM saya merasa bangga dengan kejayaan anda dan rakan-rakan yang lain. Tahniah juga untuk Fariza, Tun Faiz, Umi, Eton dan lain2! Walaupun dek kesibukan dan “terbeban” dengan tanggungjawab kepimpinan, Safwan yang kami selalu gelar sebagai “gifted person” menamatkan pengajian dengan keputusan yang sangat cemerlang. Memperolehi Anugerah Dekan setiap semester melayakkan beliau menerima Anugerah Naib Canselor dan pelajar terbaik. Membina kareer sebagai Juruaudit di Firma terkenal PWC, bicara Safwan “aku nak cari pengalaman, then ke oversea untuk getting experience kat sana plak.. huh..balik nanti.. wanna being a professional accounting”. Bro.. moga2 cita2 ko tercapai bro!!!