Friday, May 9, 2008

Seminar Khas untuk Y.B Ahli Dewan Negeri Selangor

Seminar khas bagi Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor diadakan pada 8-10 Mei yang betempat di Bangunan Annex Dewan Undangan Negeri Selangor. Perasmian Seminar Khas itu dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor. Objektif seminar ini ialah untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada Y.B Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor berkenaan perkara-perkara seperti Struktur Pentadbiran Negeri, Pembangunan, Undang-Undang Tubuh, Peraturan Tetap Dewan, Etiket dan Protokol, Komunikasi Berkesan, Akta Pencegah Rasuah, Zakat dan taklimat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Taklimat ini disampaikan oleh mereka yang arif di dalam bidang-bidang tersebut.

Sebagai Pengacara Majlis, saya melihat seminar ini mempunyai signifikasi kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam melestarikan lagi tugas mereka. Saya hairan apabila Seminar Khas ini tiadak dihadiri oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dari proksi Pembangkang sedangkan ada dikalangan mereka menyatakan untuk hadir ketika dihubungi. Apa yang pasti mereka mempunyai jawapan untuk itu.