Monday, January 24, 2011

Jika Tercipta Untukku..


Jika yang tercipta itu adalah milikku..
Ia adalah sebuah anugerah
Andai hadirmu buat ku, itu maha indah
Jika benar tercipta untukku

Tidak mudah memahami
Bukan senang tuk mengerti
Andai ikhlas merajai
Pada tangkal hati
Tiada lagi sangsi.....

Transformasi, realiti dan ilusi....

Hari ini 24 Januari, bermakna sudah 24 hari telah dirintis bagi tahun 2011. Sedikit gawat pada penghujung 2010 dan permulaan 2011. Saya juga merasa lesu dan kelu. Serabut bermain di minda. Rasal bebal dan geram juga meronta jiwa dek banyak hal yang membelenggu diri. Tabah dan redha adalah jalan yang terbaik walaupun ada duri-duri yang tajam di selekoh perjalanan. Inilah sekolah kehidupan yang seringkali ada manis, pahit maungnya.

Permulaan yang kurang baik menyebabkan keinginan transformasi menjadi terbantut seketika. Yang besar itu adalah nafsu dan yang berat adalah amanah. Menghadapi realiti kadang kala jiwa menjadi lenguh. Lebih baik berilusi dan berangan.

Tinggalkan saja resah itu,bisik jiwa kecil. Jalan hidup masih jauh. Langkah tidak boleh dimatikan dengan sebuah kekecewaan. Biar...biar.. biar.... ku pujuk jiwa.

Mencari semangat yang hilang bukan senang. Cuba nikmati perkara-perkara yang kecil dalam hidup untuk dihargai.