Posts

Showing posts from August, 2010

Katarsis...

" Ahlan Ya Ramadhan, Kau datang jua menemuiku yang kerdil ini. Semoga bertemu lagi hingga ke akhir hayatku nanti"... "Salam Ramadhan Al-Mubarak" 10 Ogos *Saya amat cemas apabila rakan sekerja Hj Arifin tidak sedarkan diri semasa perhimpunan pagi. Saya dan rakan-rakan lain bergegas ke DEMC. Rasa bersyukur semasa menjadi orang pertama dapat melawat dan bercakap dengan Haji Arifin dengan keadaan beliau semakin stabil. Semoga beliau terus diberi kesihatan yang baik. Amin. *Selamat Hari Jadi buat little bro Ahmad Afiq. Semoga kamu merintis jalan hidup yang baik dan terus mendapat kasih sayang Allah (S.W.T). "LEO RULES" *Saya menerima panggilan dari teman di Labuan, saudari Masdayana, teman lama yang sekarang ini tengah menuju kejayaan dalam hidup. Teruja apabila mendengar bingkisan kejayaan teman. Saya pun mempunyai impian yang sama!!! *Hati sangat gembira apabila 11 Ogos bersamaan Rabu disahkan hari berpuasa untuk umat Islam. Rasa girang lahir dari hati yang

"Leo Rules"

Cepat sungguh masa berlari, saya bertemankan Ogos untuk terus menghirup udara keamanan. Berbekalkan keyakinan diri dan tujuan hidup yang sebenar saya harus bersemangat hingga akhir hayat. Semalam, 9 Ogos bertambahlah lagi usia saya, dengan penuh syukur saya memanjatkan rasa kerdilnya sebagai hamba kepada MAHA PENCIPTA di atas peluang dan kesempatan untuk terus merasai nikmat dan peritnya dunia. DIA MAHA SEGALANYA!!! Saya lemparkan senyuman saya untuk dunia, saya yakin jiwa akan terus muda. Saya juga ingin dedikasikan rasa terima kasih buat bonda tercinta. Bonda tiada galang ganti walau dengan nyawa sendiri. Saya suka ringkaskan hidup ini, tidak mahu ia menjadi rumit dan melankolik. Apabila hidup penuh dengan krisis pasti ia akan menjeratkan diri dengan konflik. Sebagai manusia, kita harus akur dengan catitan dan kamus hidup yang sememangnya telah tertulis sejak azali. Tidak salah menjadi yang terbaik dan menjadi manusia yang luar biasa. Setiap orang punyai impian, tak khilaf untuk berm