Posts

Showing posts from May, 2008

Congratz to u my lovable sis (Jaja) & my fwen (Mdan&Izad)

Malam tadi rasa teruja bila dapat bersembang secara maya dengan kawan baik yang berada di Scotland... huk2 MR Hamdan, time is fly.. Dah nak kahwin???studi x habis lagi??? Baguihhh.... Mdan cakap kalau fahmee tak attend wedding ceremony dia dis coming soon August.... "ko kawan baik yang sangat kejam".... ha..ha... :) "Mee, ko jgn lupa tulis dalam diari siap2" itulah antara arahan dan permintaan Mdan. InsyaAllah i'll be there. Pagi ni, i'm excited when got call from my fwen Mr Shahrul Izad, PR Senior Exec di KDEB.... Bro........ lu pun dah nak kawen??? congratz bro... TQ for the invitatation.. so fahmee? when u want get married? Frankly speaking... i want build my career first.. ada rezki nanti akan tiba saat itu...."tiba..tiba hati teringat pada seseorang".....??? About 3.45 pm,my bro message me n he said my lovable sis Jaja juz got a baby boy... (1st baby).... congratz!!!

Learning to be Humble.....

Image
"It's hard to be humble," says an old country song,"when you're perfect in every way." Very few people, of course, actually think they're perfect in every way, but it can still be pretty hard to be humble, especially when you live in a society that encourages competition and individuality. Even in such a culture, however, humility is an important virtue. Learning to be humble is of paramount importance in most religions and spiritual traditions, and humility can also help you develop as a person and enjoy richer relationships with others.

Catatan dari Carlton Holiday

Terima kasih kepada pihak SEKTORAL, Unit Perancang Ekonomi Negeri kerana mengundang saya sebagai penceramah bagi kursus yang dianjurkan kepada kakitangan jabatan. Sekadar berkongsi ilmu pengetahuan dengan mereka, saya memenuhi dua slot iaitu Imej dan Kemahiran Bersosial Komunikasi Berkesan - Etika komunikasi, Khidmat Pelanggan, Etiket Perbualan Telefon dan Perihal Pengacara Majlis Kursus yang diadakan pada jam 9.30 pagi -5.00 petang itu juga memberi satu inspirasi kepada saya untuk terus memperbaiki diri dalam pengucapan awam dan akan terus berkongsi ilmu pengetahuan dengan semua.

Selamat Bersidang Ahli-Ahli Yang Berhormat!!!

Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Selangor Yang Ke Dua Belas telahpun bermula pada 21 - 23 & 26 Mei 2008 sebelum ia ditangguh pada suatu masa yang ditetapkan. 'Live Streaming' persidangan boleh diikuti dengan melayari portal kerajaan Negeri Selangor.

Catatan dari Concorde, Shah Alam

Image
Majlis Santapan/Jamuan Makan Malam Sempena Pembukaan Penggal Pertama DUN Selangor Yang ke-12 telah diadakan di Grand Ballroom, Hotel Concorde, Shah Alam. D.Y.M.M Sultan Selangor telah berangkat tiba pada jam 8.45 malam. Majlis pada malam itu turut diserikan dengan persembahan kebudayaan. Pada majlis yang sama, D.Y.M.M Sultan Selangor berkenan untuk menyampaikan hadiah Acara Riadah kepada Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Memanjat syukur pada Khalik yang Esa, majlis tersebut berjalan dengan lancar. Sekali lagi pada malam itu, mata melirik dan meninjau-ninjau.... hati tetanya-tanya... di mana gerangan kelibat Ahli-Ahli Yang Berhormat dari Proksi Pembankang?

Upacara Pembukaan Penggal Pertama DUN Selangor ke-12

Upacara Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Selangor Yang Kedua Belas telah selamat dijayakan pada 21 Mei yang lalu. Upacara yang bermula seawal 8.00 pagi itu dihadiri oleh semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dan dif-dif kehormat. D.Y.M.M Sultan Selangor berangkat tiba pada jam 9.00 pagi dan diteruskan dengan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan dari Tentera Laut Diraja Malaysia. DYMM Sultan Selangor menyeru rakyat negeri ini mengamalkan budaya berjimat cermat dan berharap rakyat Selangor dapat menikmati kualiti hidup yang baik. Baginda bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan persidangan penggal pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-12 .

Catatan dari Istana Bukit Kayangan

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Diraja Selangor dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan pada 20 Mei lepas. Dato’ Menteri Besar mengangkat sumpah di hadapan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Dalam pada itu, di majlis yang sama, Penasihat Undang-undang Negeri Selangor, Datuk Zauyah Be Lot Khan menerima Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) dengan membawa gelaran Datin Paduka. Beliau sebelum in tidak dapat hadir pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan ke-62 Sultan Selangor pada 11 Disember lalu kerana mengerjakan ibadah haji. D.Y.M.M Sultan Selangor turut berkenan menyampaikan watikah pelantikan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali. Turut menerima watikah pelantikan ialah sepuluh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Ne

Skuter ku sudah merajuk...

Selepas solat Subuh pagi tadi, hati ni teringin sangat nak pegi keje ngan skuter.. malas nak drive pagi ni. huh.. so dalam 7.15 tadi terus hidupkan engine skuter.. dahler pagi2 susah nak idup..sepanjang ni pun memang start pakai manual... minyak memang full tank, 2t memang ada.. n rasa ok la suma... dengan penuh slamber..ditemani angin pagi yang lesu dan kesibukan bulatan sek 2/UiTM... rasa macam ada yang tak kena.... my skuter mati secara tiba2 masa tengah ride.... alamak........camaner ni????? dah ler aku ni nampak jer cool tapi kadang2 gelabah teruk... alahai malang betui nasib pagi ni..terpaksala menolak skuter..jauh lak tu.. baju keje memang dah lencun.. teringat jalan short cut kat Kolej Jati... ya Allah memang sangat meletihkan.. sabar jelah Fahmee. Lega.. akhirnya aku sampai gak umah.. parking moto+tukar baju+amek kunci keter+kenala drive gak hari ni.. kat office pun bukan senang nak dapat parking.. ye la kete saban hari makin banyak wooo.... pagi2 lagi aku received call dari k

Keberangkatan D.Y.M.M Sultan Selangor di Majlis Penutupan Tilawah Al-Quran Pringkat Negeri Selangor

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah (S.W.T), dengan limpah taufik dan inayahNya,Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Selangor telah pun berlabuh tirainya bagi tahun 1429 Hijriah bersamaan 2008 Masehi. Majlis penutupan ini sungguh bermakna apabila D.Y.M.M Sultan Selangor telah berkenan berangkat hadir. Turut hadir di majlis tersebut ialah Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor dan dif-dif kehormat yang lain. Majlis tersebut juga diserikan dengan persembahan Nasyid dari kumpulan In Team dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Johan Qari dan Qariah. "....dan berpegang teguhlah kamu dengan tali (agama) Allah dan jangan kamu berpecah belah sesama kamu"- Al Imran ayat 103

Seminar Khas untuk Y.B Ahli Dewan Negeri Selangor

Seminar khas bagi Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor diadakan pada 8-10 Mei yang betempat di Bangunan Annex Dewan Undangan Negeri Selangor. Perasmian Seminar Khas itu dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor. Objektif seminar ini ialah untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada Y.B Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor berkenaan perkara-perkara seperti Struktur Pentadbiran Negeri, Pembangunan, Undang-Undang Tubuh, Peraturan Tetap Dewan, Etiket dan Protokol, Komunikasi Berkesan, Akta Pencegah Rasuah, Zakat dan taklimat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Taklimat ini disampaikan oleh mereka yang arif di dalam bidang-bidang tersebut. Sebagai Pengacara Majlis, saya melihat seminar ini mempunyai signifikasi kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam melestarikan lagi tugas mereka. Saya hairan apabila Seminar Khas ini tiadak dihadiri oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dari proksi Pembangkang sedangkan ada dikalangan mereka menyatakan untuk hadir ketika dihubungi. Apa ya

I love this book!!!

Image
A WALK TO REMEMBER (Nicholas Sparks).. l love this book very much and I has repeat a three times., hu..hu by promising that "first you will smile, and then you will cry --- don't say that you haven't been warned." A WALK TO REMEMBER is a heart wrenching account of a young, first love and the choices and steps a person will take to provide another with happiness. Devoted readers of Nicholas Sparks are already familiar with his earlier works, THE NOTEBOOK and MESSAGE IN A BOTTLE, as well as his extraordinary ability to accurately illustrate his characters and the setting around them. He finds the perfect words to describe the nature of the characters, so much so that the reader can identify with the feelings in their hearts. This book is no exception; it lets the readers explore their own feelings and memories of love. Erm.. to all my frens.. catch this book!

Catatan dari Stadium Shah Alam

Image
Malam tadi sekali lagi saya ke stadium Shah Alam. Malang buat Selangor apabila menamatkan kempen bola sepak Liga Super dengan cara paling menyedihkan apabila dibelasah 3-0 malam tadi, sekali gus menyerahkan gelaran naib juara kepada Negeri Sembilan Naza. Skuad Merah Kuning itu bukan saja gagal menduduki tangga kedua di belakang juara 2007/2008, Kedah, malah jatuh ke tangga keempat selepas dipintas oleh Johor FC, yang menundukkan Terengganu 2-1. Penyerang kebangsaan, Mohamad Zaquan Adha muncul wira pasukannya apabila menjaringkan dua gol buat Negeri Sembilan pada minit ke-44 dan 70.Penyerang import dari Nigeria, Udo Fortune melengkapkan sengsara Selangor dengan menambah gol ketiga pasukan pelawat ketika saingan tinggal kira-kira beberapa minit untuk ditamatkan. Sebagai peminat bola sepak tempatan, saya melihat ramai “pemain senior” seolah-olah malas untuk berjuang dan tahap kecergasan semakin merosot! Kalau terus begitu lebih baik saja beri peluang pada yang betul-betu