Tuesday, September 27, 2011

SPB Yang di-Pertuan Agong, SPB Raja Permaisuri Agong dan DYMM Sultan Selangor berangkat ke "Malam Menjunjung Kasih"

Saya diberi amanah unutk menjadi pengarah persembahan dan floor manager bagi program "Malam Menjunjung Kasih" sempena kebarangkatan SBP YDPA ke Shah Alam. Bukan tugas kecil yang saya pikul tetapi saya sedaya melunaskan sebaik mungkin. Dibantu oleh stage manager Azmi Ariff dan barisan tenaga produksi, tugas besar ini dilaksana dengan penuh hemah!

Saya Anak Merdeka!!!

Sejarah itu tidak boleh dipadam..... tetapi ia boleh dipinda.. Sejarah itu mendewasakan...dengan sejarah ia mematangkan. Orang2 dulu berjuang sedaya keringat untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Hari ini kita menikmati nafas segar dek orang2 terdahulu.

Saya tidak mahu menjadi kacang lupakan kulit. Saya bersyukur menjadi anak merdeka! Jika direnung, Malaysia adalah lebih baik dan aman berbanding dengan negara-negara yang bergolak yang lain. Namun, sebagai anak merdeka, saya tidak boleh diam.. saya tidak boleh memandang saja apabila Malaysia dimusnahkan oleh pemimpin2 yang tamak dan gilakan kuasa.

Saya kena ambil peduli apabila melihat kerakusan oleh puak2 yang menindas rakyat yang hanya besarkan perut sendiri.. seperti lembu yang kekeyangan.... saya dan anda harus berbuat sesuatu! kita harus memilih barisan kerajaan yang mampu berbakti kepada rakyat! Rakyat adalah kerajaan!

Monday, September 12, 2011

Salam Lebaran....

Salam lebaran buat tatapan! Selepas sebulan kita berpuasa menunaikan tanggungjawab sebagai muslim, maka Aidilfitri kita raikan dengan rasa kemenangan. Seperti biasa, perasaan teruja untuk pulang ke desa tercinta menyergap jiwa. Kali ini, aku memandu pulang ke kampung. Terasa perjalanan amat lama.

Melalui lebuh raya Pantai Timur terasa sedikit lapang walaupun perjalananya panjang. Sempat berhenti di "wilayah" Temerloh. Diri tersenyum sendirian dan moga-moga semuanya baik belaka.. Dalam jiwa, hati tidak pernah putus berdoa agar perjalanan aku dipermudahkan. Alhamdulillah, dengan izinNya aku selamat sampai ke desa tercinta.... SALAM AIDILFITRI!!!