Posts

Showing posts from August 8, 2018

#pulang #filempulang

Lewat 5 Ogos yang lalu, saya sempat menonton filem Pulang arahan pengarah hebat Kabir Bhatia. Saya menonton tayangan filem tersebut jam 9.10 malam di TSR CINEMAX Shah Alam. Saya menonton berseorangan kerana kawan baik saya menolak ajakan saya walaupun saya ingin membayar tiketnya. Sungguh saya tidak tahu apa magis yang digunakan oleh Kabir Bhatia kerana saya hampir tidak pernah ketinggalan menonton filem arahannya di panggung semenjak 2006 lagi. Saya sempat menonton CINTA, SEPI, SETEM, NUR KASIH, SEMBUNYI (AZAZIL), BISIK PADA LANGIT dan kali ini PULANG. Barangkali saya juga terlepas menonton filem2 arahannya yang lain. (kurang pasti). Naskah PULANG diadun secara baik, pelakonnya juga hebat. Saya amat tertarik dengan sinematografinya. Latarnya menterjermahkan betapa indahnya ciptaan Tuhan. Menonton filem Pulang menjadikan jiwa saya runtun. Kadangkala terasa geram dengan beberapa persoalan namun akhirnya terjawab dan dirungkai satu persatu. Naskah ini hebat, ia adalah diinspirasikan dar