Persahabatan adalah cinta yang tidak bersayap....
Persahabatan itu adalah "cinta yang tidak bersayap". Sahabat atau teman adalah definisi diberikan untuk orang yang boleh berkongsi jiwa dan rasa. Sebuah persahabatan yang ikhlas lahir dari dan ia tidak akan pergi.
Mencari rakan, kawan mahupun kenalan adalah amat senang. Tetapi percayalah mencari sebuah persahabatan itu adalah sukar dan sulit ditemui.
Rasulullah (S.A.W) pernah bersabda yang bererti :
"Seseorang itu akan mengikuti agama sahabatnya, oleh kerana itu, setiap orang dari kamu sekalian hendaknya memperhatikan siapa yang ia jadikan sebagai teman
(Hadith riwayat At Tirmidzi, Abu Daud dan Ahmad)
Saya bersyukur kepada Alah (S.W.T) kerana diberi peluang dan dianugerahkan sahabat yang terindah dalam hidup. Saya berjanji pada hati untuk menjaga persahabatan ini sehingga ke akhirnya. Tiada manusia yang sempurna, dan kita tidak perlu menjadi terlalu sempurna, kita manusia biasa tetapi kita harus berusaha untuk memperbaiki kelemahan kita supaya menjadi lebih baik. Saya amat menyanyangi sahabat-sahabat saya dengan penuh ikhlas kerana Allah. Saya tidak akan pernah memadamkan doa saya sehinggalah saya dikafankan. Semoga Allah merahmati dan menjaga persahabatan kami semua, saya yakin Allah tidak pernah menyalahi janjinya.
Comments