Monday, December 6, 2010

Cuti-Cuti di PD

Lewat November lalu.. saya bersama kawan2 cuti2 di PD.. 3 Hari 2 Malam kami lepak di Chorus Paradise Hotel. Uhhh, time cuti skula agak ramai yang bertandang. Terima dengan hati yang lapang.. Menikmati makanan laut sebagai menu makan malam agak mengujakan. Suam-suam sedap, bolehlaaa dari kelaparan... my fren ZK dan Azah nampak berselera. Kami juga teruskan agenda dengan program jalan-jalan waktu malam disekitar PD..

Meneruskan hari kedua dengan aktivti yang agak mencabar, banana boat.. huhu... besh dan gila2.. ZK hampir lemas!!! saya sendiri kepenatan akibat dicampak ditengah laut. Nasib baik ada jaket keselamatan. Menikmati makanan tengah hari yang tidak sedap kami teruskan dengan bermain bowling di bandar PD.. bolehlaaa.... sekdar menang tempat ke 3... janji gangsa.. huaha.. buat Azah, berusaha dengan lebih gigih lagi yaa!!! Sisa-sisa malam dihabiskan dengan akitiviti karoeke.. agak enjoy!!! uhaaa semua menunjukkan bakat. Saya rasa mual dan jijik apabila melihat ramai anak muda Melayu di PD dalam keadaan mabuk dek betemankan air kencing Iblis.. aduhaaiiiiii tobatlah!!!

Hari ketiga dihabiskan dengan aktiviti mandi-manda di laut PD, air laut yang tak berapa cantik tetap jadi kunjungan kerana tiada pilihan.. haha.. cuba belajar berenang-renang itik. Cepat masa berlalu, kenangan yang agak bezz... masa bertolak ke Shah Alam.. tata