Belasungkawa Yasmin Ahmad
Lewat malam yang dingin pada Sabtu lalu,11.41 saya telah menerima sms dari seorang teman media yang mengkhabarkan Yasmin Ahmad telah pulang ke rahmutullah pada jam 11.25 pagi, saya termenung seketika sambil saya majukan sms yang sama kepada rakan-rakan pengamal perhubungan awam dan teman-teman yang lain. Saya bertuah kerana lewat 2004 di KLCC saya pernah bersua sekali dengan beliau. Pertemuan yang tidak disengaja sewaktu Kak Min berada di ISETAN dan saya penuh yakin memanggilnya Kak Min dan beliau menyambut baik sapaan saya. Saya luahkan pada Kak Min yang saya terlalu minat dan kagum terhadap sentuhan iklan beliau dewasa itu. Dari itu juga saya selalu menjengah blog Kak Min. Anak Johor berkelulusan ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom ini adalah seoarang yang hebat. Kak Min juga disifatkan sebagai seorang sutradara yang bertanggungjawab dan penuh prolifik. Kak Min tidak pernah memandang enteng mengenai rasa berkasih sayang, perasaan cinta dan hormat m...