Posts

Showing posts from May 22, 2008

Catatan dari Istana Bukit Kayangan

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Diraja Selangor dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan pada 20 Mei lepas. Dato’ Menteri Besar mengangkat sumpah di hadapan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Dalam pada itu, di majlis yang sama, Penasihat Undang-undang Negeri Selangor, Datuk Zauyah Be Lot Khan menerima Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) dengan membawa gelaran Datin Paduka. Beliau sebelum in tidak dapat hadir pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan ke-62 Sultan Selangor pada 11 Disember lalu kerana mengerjakan ibadah haji. D.Y.M.M Sultan Selangor turut berkenan menyampaikan watikah pelantikan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali. Turut menerima watikah pelantikan ialah sepuluh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Ne