Posts

Showing posts from November 24, 2009

"Kedaulatan Raja - Warisan Yang Mesti Dipertahankan"

Semalam saya berkesempatan menghadiri Wacana Kedaulatan Raja – Warisan Yang Mesti Dipertahankan di Dewan Jubli Perak. Majlis yang dirasmikan oleh D.Y.M.M Sultan Selangor adalah satu majlis ilmu yang sungguh bermakna dan memberi pengertian yang sangat besar. Tahniah saya ucapkan kepada penganjur. Dengan penuh rasa kesedaran dan keinsafan, baru saya mengerti mengerti hakikat yang selama ini dikaburi dan tidak diberi kefahaman oleh politikus-politikus dan pemerintah. Sewajarnya, saya juga patut menyalahi diri sendiri kerana tidak membiarkan minda ini terus buta ditinggal masa. Penjelasan oleh Y.Bhg. Professor Emeritus Tan Sri Dato' Dr.Khoo Kay Kim, Y.Bhg. Dato' Salehuddin Saidin dan Y.Bhg. Datuk Professor Dr. Ramlah Binti Adam sungguh terkesan dan memugar paradigma. Saya akan berkongsi dengan kalian konklusi wacana di entry yang akan datang. InsyaAllah.