Sumpah Seranah @#%**%$###
Tidak perlu menjadi terlalu sempurna dalam berteman. Kita juga bukan maksum. Kita adalah manusia biasa yang tidak lari dari khilaf dan membuat dosa. Apabila kita berkawan, berteman, bersahabat atau berakrab maka ia turut melibatkan hati dan perasaan. Kerana kita ini manusia, kadang-kadang jiwa tidak sekental mana untuk menerima sumpah seranah atau maki hamun. Kalaulah bangsat, ba@#, setan, haprak, bahlul, bodoh, pan%$# dan pelbagai lagi kata-kata nista itu begitu bacul dan senang terbit dari mulut si pelaku, sejauh mana tali hati mampu bertahan? Hamba bermohon Ya Allah, agar tidak menjebakkan lidah Hamba dengan pengaruh fatal. Satu hari si pelaku juga pasti akan kena sumpah seranah dengan orang lain. Tuhan itu adil.
Lebih baik berdiam, tanpa banyak soal waima mahu banyak bicara.. kerna pasti ada sahaja yang tidak kena. Lebih baik mengelak dari mengundang perselisihan faham yang akhirnya menyumpah seranah. Menjadi pendengar baik kepada orang-orang yang memerlukan adalah satu sifat keprihatinan. Biarlah sifat itu terus lahir dari jiwa yang tulus. Sebenarnya, bukan senang mencari pendengar yang baik. Kita kena akur bahawa seseorang kawan, teman, sahabat atau akrab sebenarnya belum tentu menjadi pendengar yang baik kepada kita. Belum tentu dapat berkongsi keluh-kesah atau sarat beban yang ditanggung jiwa. Kena ingat… belum tentu….
Setiap diantara kita mempunyai watak-watak yang berbeza. Kadang-kadang amat sukar ditafsir oleh kerdilnya bahasa jiwa. Kesempatan hidup yang ada perlu dinikmati sebaiknya. Setiap ikatan yang ada juga perlu dijaga sebaiknya. Tali yang kuat pun boleh terlucut dari simpulan. Hidup ini bukan percuma. Bila mana dan satu masa kita telah menemui kawan-kawan, teman-teman, sahabat-shabat dan akrab-akrab yang baru, ia belum tentu sama dengan apa yang kita ada sekarang. Semoga Allah S.W.T mengampuni dosa kita semua. Amin.
Comments