Posts

Showing posts from April 22, 2009

Kemana MECD???

Perdebatan hangat mengenai pemansuhan MECD dibawah kabinet baru pimpinan Y.A.B Dato Seri Mohd Najib sehinggakan isu pemansuhan kementerian itu menimbulkan keresahan di kalangan banyak pihak. Baik saf kerajaan mahupun pembankang mempunyai persepsi yang tersendiri. Disebalik kekalutan itu, saya percaya Kabinet Malaysia mempunyai justifikasi sendiri yang sememangnya mengambil timbang tara terhadap banyak faktor. Justeru, Y.A.B. Perdana Menteri telah bersetuju supaya fungsi-fungsi dan agensi-agensi yang berkaitan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang telah dibubarkan berikutan pelantikan Anggota-Anggota Pentadbiran yang baru pada Jumaat, 10 April 2009 diserapkan ke kementerian-kementerian lain seperti berikut: (1) Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais dan Pembangunan Skim Vendor dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; (2) Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Ban