Selamat Ulang Tahun FAHMEE :)
TQ 4 all wished my bufday... Alhamdulillah, diri ini masih bernafas dan masih diberi kebebasan untuk menghirup udara sebaik-baiknya. Rasa seperti mati hidup semula apabila mengingatkan kejadian petang 7 Ogos lepas, kejadian yang hampir meragut nyawa. Syukur pada Khalik yang Esa. 9 Ogos , tarikh keramat, SELAMAT ULANG TAHUN untuk diri sendiri! semoga Khalik yang Esa terus menerus memberi rahmat dan petunjuk buat saya. Memberi kemurahan rezki, kealfiatan dan segala yang terbaik buat saya, bonda, ahli keluarga dan teman-teman tercinta. Walaupun saya terpaksa bekerja pada 9 Ogos bagi melunaskan tugas SME09, itu tidak mengapa. Saya lunaskan terlebih dahulu tanggungjawab yang tergalas untuk kemaslahatan bersama. Rasa sangat puas apabila kita berjaya menunaikan tanggungjawab dengan penuh komited dan iltizam. Terima kasih pada teman-teman yang mengingati tarikh keramat saya. Terima kasih jua kepada Mr Tan, Kak Nani 99 yang telah mengahantar sebiji kek Secret Recipe ke pejabat saya. R...