Posts

Showing posts from February 28, 2013

Meneroka skytrex!

Image
Lewat 23 Februari yang lalu, saya memenuhi jemputan ke Program TS Day Out-Skytrex yang dianjurkan oleh Tourism Selangor Sdn Bhd. Lebih 30 peserta yang turut menyertai program tersebut di Taman Botani Negara Shah Alam. Terasa nyaman bila kaki menjejaki ke sana di samping dapat menikmati keindahan alam semula jadi. Kisah saya juga telah diterbitkan dalam akhbar Sinar Harian pada 10 Mac 2013. Terima kasih wartawan Roshlawati. Buat pertama kali saya mencabar diri untuk melakukan aktiviti yang mencabar iaitu Skytrex adventure. Ia adalah aktiviti menempuh halangan di atas udara. Aktiviti ini menguji keberanian kita melawan rasa takut dan gayat. Ini bukan cabaran biasa! Setiap peserta yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan harnest, dua buah caribiner yang diikat pada tali lanyard , pully dan sarung tangan. Sebelum pengembaraan bermula, penerangan dan demonstrasi mengenai cara-cara penggunaan setiap peralatan, soal keselamatan serta langkah-langkah kecemasan a...