Buat Bonda Norsiah (Sempena Hari Ibu) ... saya persembahkan karya ini sempena hari ibu yang lalu dan bingkisan dilontarkan di "Daerah Akar" hujung bulan lalu... Hujan petang di Shah Alam turut merasai kesedihan Air langit pun meratap sebuah kehilangan Berat kami memandang berat lagi derita jiwa Bonda Norsiah menanggungnya… Tiada sesiapapun yang boleh mentafsir akan peritnya sebuah perasaan Bersulam payah 9 bulan bonda menunggu dengan penuh sirna Putera Bonda Aminulrashid….. Daerah ini tahu…. Putera Bonda putera yang baik Anak yang taat, pelajar harapan Ramai yang tahu bonda…. Ramadhannya di Masjid Santun bongsunya penawar resah Bonda Dia adalah pewaris Negara Apakan daya……sempat menjengah sekadar 15 tahun usia Lazim hidup… Langit tidak ceria kalau tiada santun dan nakal Tapi nakal bersulam hemah Tertib tidak pernah disanggah Adat tetap dikejap kemas Bonda Norsiah… Andai kami mampu….. Kami akan tukarkan kebencian dengan sebuah kasih sayang Kami ...