Posts

Showing posts from August 11, 2010

Katarsis...

" Ahlan Ya Ramadhan, Kau datang jua menemuiku yang kerdil ini. Semoga bertemu lagi hingga ke akhir hayatku nanti"... "Salam Ramadhan Al-Mubarak" 10 Ogos *Saya amat cemas apabila rakan sekerja Hj Arifin tidak sedarkan diri semasa perhimpunan pagi. Saya dan rakan-rakan lain bergegas ke DEMC. Rasa bersyukur semasa menjadi orang pertama dapat melawat dan bercakap dengan Haji Arifin dengan keadaan beliau semakin stabil. Semoga beliau terus diberi kesihatan yang baik. Amin. *Selamat Hari Jadi buat little bro Ahmad Afiq. Semoga kamu merintis jalan hidup yang baik dan terus mendapat kasih sayang Allah (S.W.T). "LEO RULES" *Saya menerima panggilan dari teman di Labuan, saudari Masdayana, teman lama yang sekarang ini tengah menuju kejayaan dalam hidup. Teruja apabila mendengar bingkisan kejayaan teman. Saya pun mempunyai impian yang sama!!! *Hati sangat gembira apabila 11 Ogos bersamaan Rabu disahkan hari berpuasa untuk umat Islam. Rasa girang lahir dari hati yang...