Posts

Showing posts from August, 2018

Kisah benar sang pemuda yang sangat membenci ayahnya

Saya memilih untuk menulis status ini tanpa niat untuk membuka aib sesiapa. Literalnya, saya telah mendapat izin dari empunya. Saya menulis intipati yang penting sahaja dan tidak memperincikan kisah penderaan dan trauma yang dialami. Saya juga terpana kerana ia benar wujud dalam masyarakat kita. Lewat 12 Ogos yang lalu, seorang pemuda memberitahu saya bahawa dia teramat benci pada ayahnya kerana penyebab masa depannya yang hancur. Dia juga merasa geram pada ibunya tetapi faham situasi yang terpaksa ditanggung ibunya. Katanya, kisah keluarganya adalah sangat pelik dan maha dasyat! Ayahnya berkahwin lebih daripada empat di mana semuanya masih hidup dan tidak berpisah. Cuma lewat beberapa tahun yang lalu seorang ibu tiri yang juga seorang Doktor perubatan meninggal dunia dalam keadaan sadis. Kebanyakkan perkahwinan ayahnya berlangsung di Siam. Menurut pemuda itu, ayahnya licik, pandai berkata-kata, "cerdik" dalam "hukum hakam" dan wanita akan mudah tertawan kepadanya

Selamat Menyambut Hari Kidal!

Hari ini 13 Ogos dan merupakan sambutan ulang tahun bagi yang bertangan kidal! Saya juga bangga kerana merupakan si kidal dan kami adalah 10% daripada populasi penduduk bumi. Woww...haha. Memang tidak dinafikan terdapat beberapa kekangan bagi si kidal terutama untuk mengggunakan beberapa peralatan seperti gunting, mouse (tetikus), kerusi yang bercantum meja kalau di universiti, gitar sukar nak petik..hehe tapi no hal la, itu hal-hal kecil sahaja. Di sebalik kekurangan si kidal, ada fakta dan kajian berhubung dengan kelebihan si kidal.   Terdapat kajian mengatakan bahawa orang bertangan kidal relatifnya mempunyai kecerdasan lebih dibandingkan orang bukan bertangan kidal. (Guardian UK). Malah si kidal juga memiliki kawalan emos emosi lebih stabil dan seimbang dibandingkan orang bukan bertangan kidal. (National Geographic). Selain itu, orang bertangan kidal memiliki kemampuan untuk menggunakan kedua sisi otaknya, otak kiri dan otak kanan. Kajian dan penulisan jurnal oleh Dr Alan Searl

#pulang #filempulang

Lewat 5 Ogos yang lalu, saya sempat menonton filem Pulang arahan pengarah hebat Kabir Bhatia. Saya menonton tayangan filem tersebut jam 9.10 malam di TSR CINEMAX Shah Alam. Saya menonton berseorangan kerana kawan baik saya menolak ajakan saya walaupun saya ingin membayar tiketnya. Sungguh saya tidak tahu apa magis yang digunakan oleh Kabir Bhatia kerana saya hampir tidak pernah ketinggalan menonton filem arahannya di panggung semenjak 2006 lagi. Saya sempat menonton CINTA, SEPI, SETEM, NUR KASIH, SEMBUNYI (AZAZIL), BISIK PADA LANGIT dan kali ini PULANG. Barangkali saya juga terlepas menonton filem2 arahannya yang lain. (kurang pasti). Naskah PULANG diadun secara baik, pelakonnya juga hebat. Saya amat tertarik dengan sinematografinya. Latarnya menterjermahkan betapa indahnya ciptaan Tuhan. Menonton filem Pulang menjadikan jiwa saya runtun. Kadangkala terasa geram dengan beberapa persoalan namun akhirnya terjawab dan dirungkai satu persatu. Naskah ini hebat, ia adalah diinspirasikan dar