Posts

Showing posts from 2019

Datuk Seri Siti Nurhaliza yang "awesome"

Pelantun lagu Cindai sememangnya seorang figura yang hebat! Awal minggu ini beliau berdiri dengan penuh anggun untuk mempromosikan Set Istimewa Vantage di GoShop dan berjaya menjual 22,000 set! Fuyoo Datuk Seri Siti Nurhaliza!!!! Tepukkkkkk Difahamkan 1 set berharga RM369.00 dan jumlah keseluruhan (laku keras) ialah 8.1 juta! Saya yakin sehingga hari ini masih laku keras!Januari yang sangat "awesome" dalam keadaan ekonomi yang kurang menentu. Rakyat Malaysia terutama kaum wan ita masih mempunyai kuasa membeli yang sangat hebat! Aura Datuk Seri Siti Nurhaliza cukup gah. Beliau seolah-olah membina "city" yang mempunyai jelatanya sendiri. Sebenarnya, setiap antara kita mempunyai aura sendiri. Kita juga boleh hebat dan berjaya! Tak perlu membandingkan kita dengan "CT". Beliau kalau menjual sambal belacan pun mesti berjuta-juta juga! Apa yang kita boleh lakukan ialah menggali peluang, mencipta peluang, memperbaiki diri, menerokai potensi, perlu bertindak

Sultan Muhammad V letak jawatan!

Malaysia hari ini telah dikejutkan dengan berita perletakkan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa serta merta. Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Wan Ahmad Dahlan Abd Aziz melalui kenyataan media Istana Negara hari ini. Dalam kenyataan itu, turut dinyatakan bahawa baginda berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi kerjasama mentadbir negara dan berharap rakyat Malaysia terus mengekalkan perpaduan.  Sultan Muhammad V yang merupakan Sultan Kelantan ke-29 ditabal menjadi Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2016. Jawatan Yang di-Pertuan Agong yang juga merupakan ketua negara menggunakan sistem penggiliran yang diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.  Sultan Muhammad V bercuti sejak Nov lalu dan Timbalan Yang di-Pertu

Selamat Tahun Baru 2019

Bismilahiromanirahim Marilah kita sama-sama berselawat kepada junjungan besar baginda Nabi Muhammad (S.A.W). Dia adalah kekasih Allah (S.W.T). Selagi dinamai kehidupan Umur itu adalah sebuah kesempatan Selagi tidak dipanggil pulang Mudalah dengan kesungguhan Dewasalah dengan pengajaran Tualah dengan pengalaman Lapangkanlah jiwa dengan kemaafan Sibuklah dengan kebaikan dan pengetahuan Belajarlah menghargai alam Kayakan dengan senyuman Semoga hari-hari mendatang untuk kita adalah yang baik-baik...moga pengakhiran hidup juga adalah baik... Ajal itu tanpa syarat, dijemput sakaratul maut pun tanpa tertunda walau sesaat cuma. Kita mempunyai 365 bab pada tahun 2019 untuk dilalui dengan warna warni. Panjang umur dilalui hingga bab yang terakhir. Samada bab 1 dipilih dengan hal-hal gembira nan ceria atau sedih dan mengecewakan, ia tetap harus dijalani. Semoga bab berikutnya penuh baraqah. Jadilah orang yang berbahagia dengan berbaik sangka ... Tulus, Fahmee Pr

Ibu,bonda,mok...... Sebuah kehilangan

Layukallifullahu nafsan illa hus'aha. Allah takkan membebani hambaNya dengan ujian melainkan sesuai dengan kesanggupan hambaNya. Selamat berpergian Mok....... Semalam, 17 Disember, Isnin jam 3.50 pagi, Allah telah memberi ujian yang sangat berat untuk ditanggung oleh jiwa. Sebuah peristiwa yang meruntun kehidupan saya. Seluruh perdu rasa tersentak dan galau namun dengan izin Allah jua, diri ini redha di atas musibah dan menerima takdir yang tertulis dengan penuh ikhlas dan insaf. Di atas suratan yang tertulis jua, Allah telah menjemput ibu kesayangan saya Allahyarhamah Hajjah Mai Kelsom binti Ismail untuk pulang ke negeri abadi. Allah (S.W.T) telah memanggil pulang "Malaikat Kecil" saya yang senantiasa mendoakan anak-anaknya. Sungguh, saya telah kehilangan satu keberkatan di sisi Allah, iaitu tulusnya doa seorang ibu. Bonda dipanggil pulang dengan mudah sekali. Ini kali pertama bonda masuk hospital dalam sejarah hidupnya. Sebelas hari bonda terlantar dek "lu