Posts

Datuk Seri Siti Nurhaliza yang "awesome"

Pelantun lagu Cindai sememangnya seorang figura yang hebat! Awal minggu ini beliau berdiri dengan penuh anggun untuk mempromosikan Set Istimewa Vantage di GoShop dan berjaya menjual 22,000 set! Fuyoo Datuk Seri Siti Nurhaliza!!!! Tepukkkkkk Difahamkan 1 set berharga RM369.00 dan jumlah keseluruhan (laku keras) ialah 8.1 juta! Saya yakin sehingga hari ini masih laku keras!Januari yang sangat "awesome" dalam keadaan ekonomi yang kurang menentu. Rakyat Malaysia terutama kaum wanita masih mempunyai kuasa membeli yang sangat hebat! Aura Datuk Seri Siti Nurhaliza cukup gah. Beliau seolah-olah membina "city" yang mempunyai jelatanya sendiri. Sebenarnya, setiap antara kita mempunyai aura sendiri. Kita juga boleh hebat dan berjaya! Tak perlu membandingkan kita dengan "CT". Beliau kalau menjual sambal belacan pun mesti berjuta-juta juga! Apa yang kita boleh lakukan ialah menggali peluang, mencipta peluang, memperbaiki diri, menerokai potensi, perlu bertindak untuk…

Sultan Muhammad V letak jawatan!

Malaysia hari ini telah dikejutkan dengan berita perletakkan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa serta merta.Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Wan Ahmad Dahlan Abd Aziz melalui kenyataan media Istana Negara hari ini. Dalam kenyataan itu, turut dinyatakan bahawa baginda berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi kerjasama mentadbir negara dan berharap rakyat Malaysia terus mengekalkan perpaduan. Sultan Muhammad V yang merupakan Sultan Kelantan ke-29 ditabal menjadi Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2016. Jawatan Yang di-Pertuan Agong yang juga merupakan ketua negara menggunakan sistem penggiliran yang diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Sultan Muhammad V bercuti sejak Nov lalu dan Timbalan Yang di-Pertuan Agon…

Selamat Tahun Baru 2019

Bismilahiromanirahim Marilah kita sama-sama berselawat kepada junjungan besar baginda Nabi Muhammad (S.A.W). Dia adalah kekasih Allah (S.W.T). Selagi dinamai kehidupan
Umur itu adalah sebuah kesempatan
Selagi tidak dipanggil pulang
Mudalah dengan kesungguhan
Dewasalah dengan pengajaran Tualah dengan pengalaman
Lapangkanlah jiwa dengan kemaafan
Sibuklah dengan kebaikan dan pengetahuan
Belajarlah menghargai alam
Kayakan dengan senyuman Semoga hari-hari mendatang untuk kita adalah yang baik-baik...moga pengakhiran hidup juga adalah baik... Ajal itu tanpa syarat, dijemput sakaratul maut pun tanpa tertunda walau sesaat cuma. Kita mempunyai 365 bab pada tahun 2019 untuk dilalui dengan warna warni. Panjang umur dilalui hingga bab yang terakhir. Samada bab 1 dipilih dengan hal-hal gembira nan ceria atau sedih dan mengecewakan, ia tetap harus dijalani. Semoga bab berikutnya penuh baraqah. Jadilah orang yang berbahagia dengan berbaik sangka ... Tulus,
Fahmee Pr

Ibu,bonda,mok...... Sebuah kehilangan

Layukallifullahu nafsan illa hus'aha.
Allah takkan membebani hambaNya dengan ujian melainkan sesuai dengan kesanggupan hambaNya. Selamat berpergian Mok....... Semalam, 17 Disember, Isnin jam 3.50 pagi, Allah telah memberi ujian yang sangat berat untuk ditanggung oleh jiwa. Sebuah peristiwa yang meruntun kehidupan saya. Seluruh perdu rasa tersentak dan galau namun dengan izin Allah jua, diri ini redha di atas musibah dan menerima takdir yang tertulis dengan penuh ikhlas dan insaf. Di atas suratan yang tertulis jua, Allah telah menjemput ibu kesayangan saya Allahyarhamah Hajjah Mai Kelsom binti Ismail untuk pulang ke negeri abadi. Allah (S.W.T) telah memanggil pulang "Malaikat Kecil" saya yang senantiasa mendoakan anak-anaknya. Sungguh, saya telah kehilangan satu keberkatan di sisi Allah, iaitu tulusnya doa seorang ibu. Bonda dipanggil pulang dengan mudah sekali. Ini kali pertama bonda masuk hospital dalam sejarah hidupnya. Sebelas hari bonda terlantar dek "lung infe…

Kisah benar sang pemuda yang sangat membenci ayahnya

Saya memilih untuk menulis status ini tanpa niat untuk membuka aib sesiapa. Literalnya, saya telah mendapat izin dari empunya. Saya menulis intipati yang penting sahaja dan tidak memperincikan kisah penderaan dan trauma yang dialami. Saya juga terpana kerana ia benar wujud dalam masyarakat kita. Lewat 12 Ogos yang lalu, seorang pemuda memberitahu saya bahawa dia teramat benci pada ayahnya kerana penyebab masa depannya yang hancur. Dia juga merasa geram pada ibunya tetapi faham situasi yang terpaksa ditanggung ibunya. Katanya, kisah keluarganya adalah sangat pelik dan maha dasyat! Ayahnya berkahwin lebih daripada empat di mana semuanya masih hidup dan tidak berpisah. Cuma lewat beberapa tahun yang lalu seorang ibu tiri yang juga seorang Doktor perubatan meninggal dunia dalam keadaan sadis. Kebanyakkan perkahwinan ayahnya berlangsung di Siam. Menurut pemuda itu, ayahnya licik, pandai berkata-kata, "cerdik" dalam "hukum hakam" dan wanita akan mudah tertawan kepadanya…

Selamat Menyambut Hari Kidal!

Hari ini 13 Ogos dan merupakan sambutan ulang tahun bagi yang bertangan kidal! Saya juga bangga kerana merupakan si kidal dan kami adalah 10% daripada populasi penduduk bumi. Woww...haha. Memang tidak dinafikan terdapat beberapa kekangan bagi si kidal terutama untuk mengggunakan beberapa peralatan seperti gunting, mouse (tetikus), kerusi yang bercantum meja kalau di universiti, gitar sukar nak petik..hehe tapi no hal la, itu hal-hal kecil sahaja. Di sebalik kekurangan si kidal, ada fakta dan kajian berhubung dengan kelebihan si kidal.   Terdapat kajian mengatakan bahawa orang bertangan kidal relatifnya mempunyai kecerdasan lebih dibandingkan orang bukan bertangan kidal. (Guardian UK). Malah si kidal juga memiliki kawalan emos emosi lebih stabil dan seimbang dibandingkan orang bukan bertangan kidal. (National Geographic). Selain itu, orang bertangan kidal memiliki kemampuan untuk menggunakan kedua sisi otaknya, otak kiri dan otak kanan. Kajian dan penulisan jurnal oleh Dr Alan Searlem…

#pulang #filempulang

Lewat 5 Ogos yang lalu, saya sempat menonton filem Pulang arahan pengarah hebat Kabir Bhatia. Saya menonton tayangan filem tersebut jam 9.10 malam di TSR CINEMAX Shah Alam. Saya menonton berseorangan kerana kawan baik saya menolak ajakan saya walaupun saya ingin membayar tiketnya. Sungguh saya tidak tahu apa magis yang digunakan oleh Kabir Bhatia kerana saya hampir tidak pernah ketinggalan menonton filem arahannya di panggung semenjak 2006 lagi. Saya sempat menonton CINTA, SEPI, SETEM, NUR KASIH, SEMBUNYI (AZAZIL), BISIK PADA LANGIT dan kali ini PULANG. Barangkali saya juga terlepas menonton filem2 arahannya yang lain. (kurang pasti). Naskah PULANG diadun secara baik, pelakonnya juga hebat. Saya amat tertarik dengan sinematografinya. Latarnya menterjermahkan betapa indahnya ciptaan Tuhan. Menonton filem Pulang menjadikan jiwa saya runtun. Kadangkala terasa geram dengan beberapa persoalan namun akhirnya terjawab dan dirungkai satu persatu. Naskah ini hebat, ia adalah diinspirasikan da…