Posts

Showing posts from August 13, 2018

Selamat Menyambut Hari Kidal!

Hari ini 13 Ogos dan merupakan sambutan ulang tahun bagi yang bertangan kidal! Saya juga bangga kerana merupakan si kidal dan kami adalah 10% daripada populasi penduduk bumi. Woww...haha. Memang tidak dinafikan terdapat beberapa kekangan bagi si kidal terutama untuk mengggunakan beberapa peralatan seperti gunting, mouse (tetikus), kerusi yang bercantum meja kalau di universiti, gitar sukar nak petik..hehe tapi no hal la, itu hal-hal kecil sahaja. Di sebalik kekurangan si kidal, ada fakta dan kajian berhubung dengan kelebihan si kidal.   Terdapat kajian mengatakan bahawa orang bertangan kidal relatifnya mempunyai kecerdasan lebih dibandingkan orang bukan bertangan kidal. (Guardian UK). Malah si kidal juga memiliki kawalan emos emosi lebih stabil dan seimbang dibandingkan orang bukan bertangan kidal. (National Geographic). Selain itu, orang bertangan kidal memiliki kemampuan untuk menggunakan kedua sisi otaknya, otak kiri dan otak kanan. Kajian dan penulisan jurnal oleh Dr Alan Searl