Posts

Showing posts from June 9, 2008

Malam Karyawan - Memperkasa Budaya

Image
Betempat di Dewan Jubli Perak, Shah Alam... dihimpunkan ratusan seniman, karyawan dan budayawan negara... malam itu adalah untuk mendengar wacana kebudayaan, dari golongan politik dan wakil masyarakat kebudayaan sendiri. Mungkin ini adalah usaha untuk menggerakkan inisiatif memperkasa budaya di Malaysia. Best gak apabila duduk semeja bersama Ikon Fesyen Bernard Chandran dan penggiat seni Zahim Al Bakri.. Sekurang-kurangnya boleh bertukar pandangan. Malam itu diserikan dengan persembahan puisi SN Datuk A.Smad Said, persembahan teater dan lain-lain... Penghujung majlis adalah ucaptama Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu undangan khas pada malam itu. Bak kata DSAI "pertemuan pada malam ini diharapkan memberi dampak positif dan membuka ruang kerjasama yang lebih luas kepada semua pihak"....

Takkan Melayu Hilang Di Dunia??? - Dari Mata Hati

Saya meluangkan masa ke Debat Agung, “ Takkan Melayu Hilang Di Dunia ”- Realiti atau Fantasi pada 6 Jun lepas yang bertempat di Dewan MBSA Sek 11 Shah Alam. Teruja dengan panel debat yang tediri daripada YB Tn Haji Yaakob Sapari (Exco Kerajaan Negeri-PKR), YB Razali Ibrahim (UMNO) dan Prof.Madya Dr.Agus dari UKM, saya menjangkakan ia satu debat yang hangat! Pertemuan ini perlu dilihat dalam aspek yang positif dalam usaha memartabatkan kembali Melayu selepas runtuhnya kota Melaka pada tanggal 1511. Usah prejudis dan wasangka buruk! Pada malam itu semuanya umat Melayu yang sama agama dan bangsa. Rumpun Melayu yang terdiri daripada bermacam kawasan dan daerah. Usahlah bergaduh dan menghancurkan bangsa kerana fahaman sendiri. Malam itu kian hangat apabila watak-watak yang emosi bangkit bersuara. Sekadar mengambil contoh beberapa watak : 1. Sangat kelakar apabila seorang peguam yang kononnya 27 tahun mengamalkan undang-undang, kaya dengan pengalaman hidup tetapi sungguh malang apabila berhu