Posts

Showing posts from January, 2010

SEMBAH TAKZIAH

Image
Sembah takziah, Ke Bawah DYMM Seri Paduka Baginda Alutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail,Sultan Johor yang telah Mangkat pada jam 7:08 petang semalam. Semoga Almarhum DYMM ditempatkan bersama golongan meraka yang Beriman... Al-fatihah...

Warna 2010

Ada falsafah mengatakan "warna" itu adalah suatu lambang perpaduan. Semoga warna itu memainkan peranan dalam kehidupan. Bila jendela 2009 mula tertutup, saya cuba mengusir segala babak dan fragmen lepas agar berlalu, apakan daya bila kenangan itu terus merayap di dada jiwa. Semua orang berkehendakkan yang terbaik dalam hidup, ingin yang besar-besar belaka, cita-cita besar, rumah besar, kereta besar, gaji besar dan segala macam. Itu adalah keinginan normal bagi makhluk bernama manusia. Pokoknya, bukan senang nak mencapai semuanya tanpa ada kerberlangsungan usaha. Apa yang penting cubalah dahulukan apa yang termampu dengan kita. Jangan tergopoh gapah mengejar semuanya, takut nanti tercicir dek diri tak sabar. Hati kecil mengharapkan semoga warna 2010 adalah terbaik untuk saya, bonda dan semua. Semoga kita terus menghirup udara segar keamanan. Biarlah bait-bait api kebencian menjadi puing yang berterbangan dibawa angin puputan. Semoga tahun 2010 baik-baik sahaja untuk kita.