Posts

Showing posts from June 23, 2008

Sempena Sambutan 100 hari pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor

Image
Jumaat lepas.. jadual yang sangat padat! Menuntut komitmen yang jitu bagi memastikan Sambutan 100 hari pentadbiran kerajaan negeri Selangor berlangsug dengan jayanya.Majlis yang berlangung di Stadium Shah Alam itu turut dihadiri Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Y.B Lim Kit Siang dan Y.B Mohd Amar Nik Abdullah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan dan dif-dif kehormat yang lain. Lebih 40 ribu rakyat Selangor membanjiri Stadium pada malam itu. Dato' Menteri Besar, Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim dalam ucaptamanya telah mengumumkan tujuh dasar baru Kerajaan Negeri yang akan memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat di negeri ini.Tujuh dasar itu ialah bekalan air percuma 20 meter padu, program peningkatan hasil daripada bahan batuan dan mineral, tabung anak kelahiran Selangor, hadiah anak masuk universiti, caruman takaful dan perubatan percuma warga emas, pusat khidmat krisis sehenti (OSCC), dan tabung pendidikan anak-a