Aku dan braces!
Hey! hari ni hari ke 5 aku memakai braces. Dalam erti yang lain aku bergigi besi. Memakai braces bukanlah sekadar untuk suka-suka atau berfesyen. Aku imbas balik sejarah lalu. Sememangnya niat untuk memakai braces ialah bermula dari sekolah menengah lagi. Memandangkan hospital kerajaan terpaksa menunggu lama, sehinggakan bila da belajar di UiTM, giliran tak kunjung tiba. Apakah ini satu birokrasi? huahua..cer tanya Kementerian Kesihatan???? Aku sangat tak mampu untuk membuatnya di klinik swasta memandangkan kos rawatannya sangat tinggi. Tambahan pula, aku anak kampung yang lahir dari keluarga sederhana. Aku belajar pun bergantung kepada PTPTN yang sampai loni hutangnya yang bertimbun aku nak kena bayar bulan-bulan! Bila dah keje dan umo pun makin tua, aku akhirnya nekad untuk memakai braces dan keputusan yang diambil ialah pada hujung tahun lepas. Selepas menyelesaikan beberapa urusan yang perlu seperti x-ray, scaling, tampalan dan hal2 lain yang terkait, maka Ahad 10 Feb adalah ...